Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Rabu, 26 Oktober 2011

Di Lorong Yang Sunyi Lagi Sepi

JJM


http://koleksimisteriseram.blogspot.com/
 
Banyak cerita2 seram dari blog ni anyways tq.

Misteri lorong sunyi.

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!

Anak Kambing Berwajah Manusia

JJM
 

Anak Kambing Berwajah Manusia


Seekor anak kambing berwajah manusia telah dilahirkan di Turki baru-baru ini. Menurut doktor haiwan, ibu kambing mengalami masalah untuk melahirkan anak memaksa doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kambing tersebut.

kepala anak kambing itu memiliki ciri-ciri seperti manusia, dengan hidung, mulut dan mata semuanya menyerupai manusia kecuali telinga je macam kambing.

Makhluk ganjil ini tidak berbulu. Menurut orang kampung, anjing pun takut hendak mendekatinya.

Macam biasa kalau dah keluar anak kambing muka macam manusia, mesti ada orang yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan ibu kambing tersebut. Sebab tu lah orang kampung terus bakar anak kambing ganjil ini tanpa memberi peluang untuk ahli biologi mengkajinya terlebih dahulu.

Babi Berwajah Manusia





JJM


Babi Berwajah Manusia?

Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.




Ice Blendz Di Tesco

JJM


Menu
  La lupa lak nk tgkp pic nama shop..apa2 pun layan jer. Time ni JJM g beli brg dpr kat tesco Kajang.. Sekrg tesco dh baikpulih dorg punya tesco. JJM memang setiap 2 kali sebulan beli barabg dpr disini. Boleh tahan harganya.
.




Nk bkk shop ice blendz mcm ni..dlm perancangan...


JJM Interprem


Camner cute tak JJM ?
  Jgn marah meluat dan menyampah pulak...sajer nak interprem kut-kut leh meletup leh msk magazine...
muka masih lagi cute kan. Kalu tak cute mcmana dorg leh panggil JJM IbuCute...


Senyuman ada manis

Camner terbaik punya..dri JJM
JJM

Rumah Impian JJM

Rumah Impian JJM

  Ptg tadi kitaorg g tgk rumah sajer tgk2 yg mana berkenan. Hahahahaha berangan dan cita2 nak beli rumah ni anggaran harga dalam sekitar RM800k. Wow boleh tahan regenyer...kena kumpul duit dulu....





Dapur bagi JJM kecik...

Anak JJM nk masuk tapi x boleh berkunci



Depan rumah

Atas

Seberang rumah impian JJM

Cantik tak...




Sentiasa berdoa semoga impian JJM menjadi kenyataan untuk keselesaan keluarga JJM. Selama ni dorg bersusah kerana JJM. Akan JJM hadiahkan rumah ni utk dorg.
JJM

Cafe Di MOF




Ni cafe kat temapt keje JJM boleh tahan cantiknya. Kebersihan pun orait. Sejuk mata memandang. Kreatif jugak dia punya perhiasan. Harga makanan kadang2 ok kadang agak mahal jugak. Tapi nak buat mcmna x der tmpt lain. Klu ada pun jauh makan masa. Rehat sejam jer..

suasana di cafe



Ini pulak jual kuih muih, ada wafer, buahan potong, rojak buah dam macam2 ada.


Ni cucur kesukaan JJM 8 biji singgit sebelah tu karipap




JJM tgkp pic ni masa dorg nak close dah rasa2 jam 3 ptg dah clear semua.

 Tu model BAC En Kadir x lah sajer je tu dia turun beli makanan lambat byk keje katanyer.

 Ha ni dia Makcik Rosnah dan hubby dia tokeh cafe ni. Yang bestnyer dorg ni org Perak macam JJM jugak satu negeri. Terbaik punya.





















JJM

Selamat Hari Deepavali

JJM

JJM mengambil kesempatan nak mengucapkan Happy Deepavali kepada semua kaum india. Semalam JJM dengar mercun berdentum dentam ke Dengkil. Sonok dorg biasalah malam raya mcm kita jugak kalu nak sambut Aidilfitri. Baik2 main mercu tu nnti ilang pulak jari. Apa2 selamat makan meruku. JJM suka sgt makan meruku. Jika perlu ke rumah sanak saudara rakan taulan memandulah berhati2 ingat org tersyg.

Jimmy





prop prep JJM :
JJM mmg ikuti kisah suka duka si Jimmy ni. Sian JJM tengok dier. Kes lama tapi JJM nak prop prep jugak lantaklah korg dh tahu ke tak tahu. Nak baca silakan. Tak mo g jauh2. Mcm2 dugaan yg menimpa dier. JJM hnya membaca dari mcm2 artikel kisah idup dier tak tahu kebenaran sebenarnya. Tpi dr yg apa yg JJM baca kesemua kesalahan mmg menghala ke istri Jimmy. So Jimmy bykkn berdoa dan buat sembhyg hajat. JJM doakan terbaik buat JJM. Klu ada info2 terkini  ke apa2 ke bgle kat JJM sama leh JJM tulis kat blog JJM ni. Terbaik dari JJM buat insan yg teriniaya.

Like JJM