Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Isnin, 24 Oktober 2011

Melaka Bandaraya Bersejarah

Jom p ronda2 di Melaka...







[sunting] Tempat Menarik

  1. A Famosa
  2. Dataran Pahlawan
  3. Bangunan Stadthuys
  4. Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
  5. Perkuburan Belanda
  6. Muzium Budaya
  7. Muzium Tuan Yang Terutama
  8. Masjid Tengkera
  9. Masjid Kampong Keling
  10. Masjid Kampong Hulu
  11. Jonker Walk
  12. Ayer Keroh
  13. Portugis settlement
  14. Bukit Cina
  15. Taman Ramarama
  16. Pusat Peranginan Auyin
  17. St Xavier Church
  18. Balai cerap AlKhawarizmi
  19. Sungai Melaka
  20. Menara Taming Sari

[sunting] Pusat Membeli Belah

  1. Mahkota Parade
  2. Tesco (Hadapan Melaka Sentral)
  3. Madam King
  4. The Store
  5. Giant (Jalan Bachang)
  6. Jaya Jusco (Ayer Keroh)
  7. Parkson Grand
  8. Dataran Pahlawan Megamall (Banda Hilir)
  9. Carrefour (Bandar Hilir

[sunting] Hotel

  1. Hotel Dream Melaka
  2. Hotel Shahbandar Melaka
  3. Laksamana Townlodge Melaka
  4. Mahkota Guest House Melaka
  5. Home2Stay Melaka
  6. Hotel Renassance
  7. Hotel Emperor
  8. Hotel Equatorial
  9. Hotel Puri
  10. Hotel Century Mahkota
  11. Hotel City Bayview
  12. Hotel Straits Meridian
  13. Hotel Naza
  14. Hotel Legacy
  15. Hotel Holiday

[sunting]

Filem Pendek Seram


JJM nak tunjukkan sebuah filem pendek yang boleh dibanggakan.  Menakutkan dn sgt menyeramkan. Bagi JJM filem seram adalah filem kegemaran JJM dan family. Walaupun bila bab suspen je pasti menutupkan mata dgn bantal tapi cerita seram mmg best....

http://youtu.be/59KP39vtyIE
klik jer..


Putrajaya Hujan Lebat




Isnin/Monday
Jam 04.18 ptg


Hujan sedang membasahi Putrajaya dengan lobatnyer. Mula2 tak persan lama kelamaan bila terlobih sojok kat dalam opis ni bangun menengok kek luar ropa2nyer ujan lobat botoi...hahaha cakp nogori plk klu silap harap maafkan odeng orait.

La seymen camno nak ambik anak kat Taska ujan lobat ni...sian bby Khalis bru je bangun dari domam nnti domam lagi susah la. Copat2lah sidang ujan ni....

Pembuka Bicara

Assalammualaikum 

 Doa harian dan Pengertian doa


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.
Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...

(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.

(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...

(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...

(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...

(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...

(Surah Yunus ayat 10)

Biodata

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Tentang Blog Ini

Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hubungi Penulis

Laman ini bebas dilayari oleh sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai apa-apa soalan yang berkaitan, komen atau nasihat, anda boleh menghubungi saya melalui link 'email' di atas. Sekiranya anda mempunyai apa jua bacaan doa yang ingin dikongsi dilaman ini, saya mengalu-alukan cadangan daripada anda. Akhirnya saya berharap anda memperoleh manfaat daripada himpunan doa-doa ini dan dapat membantu saya menyebarkan laman web ini dengan mengunakan link yang boleh anda dapati di sini.
Selamat berdoa dan beramal..!

Zikir Munajat

Himpunan Doa

Powered By

Powered by Blogger Email us!
Quran Guidance of the Day


Gadgets powered by Google
© 2007-2011 DoaHarian.blogspot.com | B

Perfileman Luar Negara vs Tempatan

prop prep JJM:

Bila di research dan dikaji mmg betul sgt2. Pelakon tua di M'sia tak jadi pelakon utama dah asyik tgk dalm drama ke dalm filem dorg jadi ayah tau abg ke pakcik ke. Sian kan. Bayaran pun agak kurg semasa dorg jadi pelakon utama. Terukkan perfileman di Msia. Klu pelakon veteran lagi le teruk hampeh.
Pelakon luar negara memberi pengiktirafan yg tinggi buat pelakon2 dorg yg dah berumur. Tabik springg dari JJM. Kepada pengarah drama tau filem di Malaysia silalah bagi penghormatan kepada artis yg berumur dan x kesahlah wat ever pun silalah berterima kasih kpd dorg semua. JJM tak baper suka filem cinta di Malaysia tak der kising2 hehehe...dangerous..

Aiseh! : Industri Perfileman Luar Negara vs Tempatan


Percaya atau tidak, industri perfileman tempatan dan industri perfileman luar negara mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Jom kita selidik.

Usia pelakon
Kalau pelakon luar negara, usia bukanlah satu faktor jika mereka mempunyai bakat berlakon yang hebat. Lihat sahaja Pierce Brosnan, sudah berusia 50 lebih pun masih boleh memegang watak utama. Kalau di Malaysia, yang memegang watak hero mestilah masih muda dan gagah perkasa. Kalau dulu Faizal Hussien dan Mustafa Kamal sering jadi hero, cuba tengok sekarang. Ada lagi ke mereka jadi hero? Memang tak jumpalah orang berusia jadi hero dalam perfileman Malaysia ni.


Rupa fizikal
Kalau industri perfileman Holywood, muka hitam macam arang, rambut kerinting macam megi, pun boleh jadi watak utama. Watak hero pula tu. Will Smith, Jamie Foxx, dah berapa banyak filem yang dibintangi. Semuanya filem hot-hot, bukan filem picisan. Apa yang penting, mereka pandai berlakon.
Kalau di Malaysia, ada juga yang muka tak seberapa jadi hero. Tapi jadi hero dalam cerita komedi lawak je lah. Adakah bias ini datangnya dari penerbit atau pengarah filem? Mungkin penerbit dan pengarah yang memilih pelakon, tetapi saya yakin penonton Malaysia sendiri yang suka menonton lelaki tegap, hot, dan berdada bidang, kan?

Telor (loghat)
Yang ni memang sedikit konflik. Payah rasanya nak tau mana satu yang lebih baik untuk perfileman; penggunaan Melayu skema, atau bahasa Melayu percakapan harian. Kalau tengok cerita orang putih, tak ada pula mereka guna ‘shortform’ atau ‘loghat’ macam cerita-cerita dalam Malaysia ni. Kalau guna bahasa skema dalam filem, boleh jadi filem tu nampak kaku dan membosankan, betul tak? Tapi agak peliknya, cerita P.Ramlee walaupun tiada warna dan bahasanya agak skema, tak pun bosan saya tengok.

Adegan-adegan uhummm..
Kalau cerita orang putih, kissing-missing ni memang sudah jadi lumrah. Kalau di Malaysia ni Alhamdulillah, belum lagi. Tapi itu buat masa ini. Kalau kita tengok filem Malaysia sekarang, makin lama makin banyak uhumm nya. Kalau kita tengok filem Sepet, Cahaya, tidak mustahil satu masa nanti adegan-adegan kissing-missing sudah menjadi satu kemestian dalam filem Malaysia.


Lagi satu, kalau kita tahu mana-mana artis tempatan yang ada kontroversi dan isu sosial, biasanya kita akan benci dan boikot lakonan dia. Tetapi apabila artis antarabangsa macam Paris Hilton ada kontroversi, kita tak kisah pun nak tengok filem dia. Adakah bias ini perlu walaupun lakonan artis tadi memang sampai dan berkesan?

Like JJM