Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Isnin, 24 Oktober 2011

Perfileman Luar Negara vs Tempatan

prop prep JJM:

Bila di research dan dikaji mmg betul sgt2. Pelakon tua di M'sia tak jadi pelakon utama dah asyik tgk dalm drama ke dalm filem dorg jadi ayah tau abg ke pakcik ke. Sian kan. Bayaran pun agak kurg semasa dorg jadi pelakon utama. Terukkan perfileman di Msia. Klu pelakon veteran lagi le teruk hampeh.
Pelakon luar negara memberi pengiktirafan yg tinggi buat pelakon2 dorg yg dah berumur. Tabik springg dari JJM. Kepada pengarah drama tau filem di Malaysia silalah bagi penghormatan kepada artis yg berumur dan x kesahlah wat ever pun silalah berterima kasih kpd dorg semua. JJM tak baper suka filem cinta di Malaysia tak der kising2 hehehe...dangerous..

Aiseh! : Industri Perfileman Luar Negara vs Tempatan


Percaya atau tidak, industri perfileman tempatan dan industri perfileman luar negara mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Jom kita selidik.

Usia pelakon
Kalau pelakon luar negara, usia bukanlah satu faktor jika mereka mempunyai bakat berlakon yang hebat. Lihat sahaja Pierce Brosnan, sudah berusia 50 lebih pun masih boleh memegang watak utama. Kalau di Malaysia, yang memegang watak hero mestilah masih muda dan gagah perkasa. Kalau dulu Faizal Hussien dan Mustafa Kamal sering jadi hero, cuba tengok sekarang. Ada lagi ke mereka jadi hero? Memang tak jumpalah orang berusia jadi hero dalam perfileman Malaysia ni.


Rupa fizikal
Kalau industri perfileman Holywood, muka hitam macam arang, rambut kerinting macam megi, pun boleh jadi watak utama. Watak hero pula tu. Will Smith, Jamie Foxx, dah berapa banyak filem yang dibintangi. Semuanya filem hot-hot, bukan filem picisan. Apa yang penting, mereka pandai berlakon.
Kalau di Malaysia, ada juga yang muka tak seberapa jadi hero. Tapi jadi hero dalam cerita komedi lawak je lah. Adakah bias ini datangnya dari penerbit atau pengarah filem? Mungkin penerbit dan pengarah yang memilih pelakon, tetapi saya yakin penonton Malaysia sendiri yang suka menonton lelaki tegap, hot, dan berdada bidang, kan?

Telor (loghat)
Yang ni memang sedikit konflik. Payah rasanya nak tau mana satu yang lebih baik untuk perfileman; penggunaan Melayu skema, atau bahasa Melayu percakapan harian. Kalau tengok cerita orang putih, tak ada pula mereka guna ‘shortform’ atau ‘loghat’ macam cerita-cerita dalam Malaysia ni. Kalau guna bahasa skema dalam filem, boleh jadi filem tu nampak kaku dan membosankan, betul tak? Tapi agak peliknya, cerita P.Ramlee walaupun tiada warna dan bahasanya agak skema, tak pun bosan saya tengok.

Adegan-adegan uhummm..
Kalau cerita orang putih, kissing-missing ni memang sudah jadi lumrah. Kalau di Malaysia ni Alhamdulillah, belum lagi. Tapi itu buat masa ini. Kalau kita tengok filem Malaysia sekarang, makin lama makin banyak uhumm nya. Kalau kita tengok filem Sepet, Cahaya, tidak mustahil satu masa nanti adegan-adegan kissing-missing sudah menjadi satu kemestian dalam filem Malaysia.


Lagi satu, kalau kita tahu mana-mana artis tempatan yang ada kontroversi dan isu sosial, biasanya kita akan benci dan boikot lakonan dia. Tetapi apabila artis antarabangsa macam Paris Hilton ada kontroversi, kita tak kisah pun nak tengok filem dia. Adakah bias ini perlu walaupun lakonan artis tadi memang sampai dan berkesan?

Tiada ulasan:

Like JJM