Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 15 November 2011

Fazha Sandha & Fazura

Prop Prep JJM:


Fasha Sandha Dan Fazura Berbaik Semula?

Fasha Sandha Dan Fazura Berbaik Semula?
KL, 14 NOV 2011: Rasanya dulu, Murai Batu pernah mendengar cerita bahawa dua artis yang sarat dengan kontroversi ini tidak 'ngam' langsung. Siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha dan Fazura.
Boleh dikatakan, kedua-dua mereka tidak sebulu.Namun kini, Murai Batu dengar Fasha Sandha dan Fazura sudah boleh bertegur sapa dan bergurau senda.
Susah juga Murai Batu nak percaya berita yang dihebahkan oleh rakan-rakan Murai Batu ini. Yalah, selalunya Murai Batu lebih suka menyiasatnya sendiri.
Bagaimanapun ada beberapa teman Murai Batu yang telah menghadiri majlis pelancaran sebuah majalah baru, Lisa di salah satu hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini telah membawakan cerita serupa.
Kata mereka, Fazura dan Fasha dilihat berbual mesra sambil bergurau senda. Kalau seorang yang bercerita mungkin Murai Batu tak percaya tapi ini lebih daripada tiga orang bercakap benda yang sama, ini bermaksud ada kebenarannya juga.
Berita ini amat mengembirakan hati Murai Batu. Manakan tidak, kalau selalu bermusuhan tidak akan ke mana? Tapi ada juga mulut jahat yang mencelah memberitahu Murai Batu, sebenarnya mereka berdua berbaik kerana ada sebab lain.
Khabarnya, kedua-dua mereka bersatu kerana mahu mengenakan seorang bakat baru yang kini mewah dilimpahi kontroversi.
Aduhai, mengucap panjang Murai Batu dengar berita ini apatah lagi untuk Murai Batu nak percaya? Sumpah malaikat 44.
Ini kerana Murai Batu yakin, baik Fazura mahu pun Fasha Sandha kedua-dua mereka telah pun dewasa lagi matang. Jadi pastinya segala kisah lalu bukanlah lagi menjadi keutamaan mereka, sebaliknya penyatuan mereka berdua barang kali mampu menerbitkan atau membuahkan hasil sebuah produk bidang seni lakonan yang lebih sukses di masa akan datang.

JJM : Tidak sabar nak lihat Fasha Sandha, Nora Danish, Fazura, Neelofa bersatu dalam satu filem.

Org Bakhil & Boros

Prop Prep JJM:
Insyaallah JJM tak mcm golongan tu..


Bakhil, boros sifat tercela di sisi Islam
Oleh Amran Zakaria

2011/11/15

WASATIYAH bererti pertengahan menjurus kepada pembentukan sikap, tindakan dan amalan yang tidak radikal dan melampaui batas dalam semua keadaan terangkum dalam kehidupan. Kedudukan pertengahan banyak memperoleh kebaikan kerana berada di tengah-tengah.

Contohnya, keberanian adalah kebaikan tetapi jika berlebihan ia menjadi sombong dan bongkak. Sebaliknya jika berkurangan ia menjadi penakut.
Begitu halnya dengan sifat yakin kepada diri sendiri di mana kelebihannya dapat membantu individu berkaitan melakukan sesuatu dengan sepenuh tumpuan tetapi jika berlebihan akan menjadi riak dan apabila berkurangan menjadi lemah diri.
Sementara sifat pemurah berada di antara bakhil dan boros. Bakhil dan boros disifatkan sebagai buruk yang tercela.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah tangan kamu terbelenggu pada lehermu (kedekut) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), nescaya kamu akan tercela dan menyesal.” (Surah al-Isra’, ayat 29)

Berkaitan solat, Rasulullah SAW memberi garis panduan kaedah mengeluarkan suara supaya pada tahap pertengahan antara keras dan merendah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya.”
Mengenali umat pertengahan akan menjuruskan kita pada kedudukan diiktiraf Allah sebagai umat terbaik, sederhana dan adil. Apa yang nyata, sebagai umat pertengahan tentu mempunyai sifat khusus yang tidak dimiliki umat lain.
Al-Quran mengesahkan pemilihan umat Islam sebagai umat pertengahan dijadikan contoh kepada yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan (umat pilihan dan adil) supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan supaya Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Pendekatan bersederhana melahirkan peradaban besar dengan spektrum luar biasa hinggakan Islam mampu menguasai dunia.

Pada masa sama, Islam tetap menentang sikap melampau dalam apa bentuk sekalipun.

Sikap melampau boleh menimbulkan kesan negatif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara dengan pandangan pesimis hingga boleh menggugat pengiktirafan umat pertengahan yang sewajarnya dijadikan contoh kepada generasi massa hari ini.

Ekstremisme adalah jelmaan sikap anti-kesederhanaan yang tidak mendapat tempat dalam norma, doktrin, wacana dan praktik Islam. Sifat melampau seperti ini sememangnya menjadi musuh yang ditentang Islam.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah, ayat 77)

Tidak dinafikan manusia sememangnya mempunyai keinginan tanpa batas. Mereka sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang diperoleh lantas menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa dimiliki.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (yakni mati) dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ahmad)

Justeru, jihad melawan nafsu adalah jihad yang besar. Golongan mengutamakan nafsu suka bertindak secara berlebihan dan melampaui batas.

Ilmuwan terkemuka Islam , Sheikh Abu Al-Hassan Al-Nadwi berkata: “Tidak dapat diragukan bahawa radikalisme, ekstremisme, kesempitan dan ketegaran memang wujud. Ini adalah realiti.”

Memahami Islam secara pertengahan sememangnya tidak bersifat liberal dan radikal hingga berkeupayaan membantu penyebaran rahmatnya ke seluruh dunia.

Nadia Tenang Terima Kekalahan

Prop Prep JJM:


Macamnilah yang patut kita banggakan..walaupun kalah apa saja kena terima dgn tenang dan damai. Syabass Nadia.

Tenang terima 'kekalahan'
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my
2011/11/15

NADIA (kanan) ketika penggambaran filem Aji Noh Motor.
NADIA (kanan) ketika penggambaran filem Aji Noh Motor.
Nadia tidak kisah digandingkan dengan Lisdawati

MELIHAT aksinya memakai tudung litup selepas itu membawa motosikal dengan wajah yang tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku kepada pelakon bernama Nadia Mustafar ini.
Lagaknya cukup bersahaja. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya dengan setiap arahan yang diberikan. Sesekali Nadia kelihatan ketawa apabila ditegur oleh pembantu pengarah atau pelakon lain yang bergandingan dengannya.
Itulah gelagat Nadia ketika dalam set penggambaran filem terbarunya, Aji Noh Motor arahan Mohd Razif Rashid atau Ajib di Beranang, Selangor, baru-baru ini.

Hakikatnya, beberapa minggu sebelum penggambaran filem ini dimulakan, Mahkamah Sesyen mengarahkan dia membayar saman sebanyak RM50,00 kepada Lisdawati. Di atas nasihat peguamnya, Nadia tidak memberikan sebarang ulasan panjang lebar.

Percaya bahawa lumrah alam ada turun naik dan cukup bersedia dengan situasi menang atau kalah, pelakon drama dan filem ini menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak mempertikaikan. Bagaimanapun, saya masih mempunyai hak memfailkan rayuan. Ini keputusan saya sendiri dan atas nasihat peguam. Lagipun, sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah, saya sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika diminta mengulas kekalahannya dalam kes saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadapnya.
Nadia sememang begitu tenang menjawab soalan membabitkan perkara itu.

Katanya, kekalahan itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk hidup bahagia disamping dua anaknya, Hazil Izham Qaliff Izham berusia dua tahun setengah dan Mia Qaisara Qaliff Izham berusia tiga tahun setengah.

“Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu. Rasa tenang dan sudah adat dunia menang atau menerima ‘kekalahan’. Sebenarnya saya tidak mahu komen lagi berkenaan isu ini kerana sudah dinasihati peguam. Saya juga sudah bersedia menerima keputusan ini. Jika tidak menang, saya perlu menerima ‘kekalahan’ dan begitulah sebaliknya.

“Selepas menerima keputusan ini, saya menjalani kehidupan seperti biasa. Berlakon seperti biasa dan tidak tertekan,” katanya.

Ditanya tidakkah selepas menerima keputusan itu, dia bimbang peminat akan menganggapnya sebagai bersalah, Nadia tetap positif mengatakan pada dirinya sendiri bahawa dia tidak rasa bersalah atau malu kerana selama ini memang tidak pernah mengambil duit orang mahupun membuat kehidupan sesiapa susah.

“Saya hanya tuntut kebenaran. Sebenarnya hal ini hanya saya dan dia (Lisdawati) saja yang tahu kebenarannya. Jadi saya terima saja apa yang berlaku. Kalau dia berada di tempat saya, dia juga akan lakukan perkara yang sama,” katanya.

Bertanya berkenaan sejauh mana tahap profesionalisme dirinya jika digandingkan bersama Lisdawati, Nadia ada jawapannya tersendiri.

“Selama ini selepas kejadian yang berlaku, saya dan dia tidak pernah digandingkan dalam mana-mana produksi. Mungkin semua produksi sudah tahu apa yang berlaku dan tidak menggandingkan kami. Jika ada tawaran bersama dia, saya ok saja.

“Dalam Suria Di Cardobo juga saya dan dia berlakon tetapi melalui masa penggambaran yang tidak sama,” katanya sambil memberitahu perkara itu sudah lapan tahun berlalu.

Membawa Nadia kembali semula kepada soal kerjayanya, dia memberitahu setakat ini rezeki hadir mengiringi hidupnya.

Katanya, dia akan berlakon drama di bawah arahan Hans Isaac berjudul Lemang Kampung Santan dan filem Penanggal terbitan Tayangan Unggul dan supertele berjudul Isnin, Selasa, Rabu di bawah arahan James Lee.

“Sekarang ini saya menjalani penggambaran filem Aji Noh Motor di bawah arahan Muhamad Razif Abdul Rashid. Bekerja dengan pengarah ini membuatkan saya cukup selesa dan bebas memberikan idea.

“Lagipun sebelum ini saya dan pengarah sudah pernah bekerjasama. Saya melihatnya cukup berbakat dan penuh dengan idea baru,” katanya yang membawakan watak sebagai Datin Zalzlina yang cukup garang.

Katanya, dia juga masih aktif dalam perniagaan makanannya dan berharap rezeki itu terus menyuburkan dia sekeluarga.

“ Saya masih buat perniagaan tempahan makanan. Cuma yang terbaru saya sudah mula memperkenalkan tempahan makanan saya di set lokasi dan sambutan yang diterima menggalakkan.

“Dulu saya ada buka kedai makanan tetapi kerana tidak ada siapa boleh menguruskan dengan baik, saya tutup saja dan menumpukan kepada bidang tempahan makanan,” katanya.

Kes Anak Luar Nikah

Prop Prep JJM:


152,000 anak luar nikah direkodkan pada 2008-2010


2011/11/15

KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie, berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial.
"Program itu membabitkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang itu," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - BERNAMA



Lawak giler/pelik tapi benar



Prop Prep JJM:

hahahahahahahahahhaha......lawak-lawak gelak terbahak-bahak terguling-guling mmg sempoi bdk 2 org ni...
layan jgn tak layan ....rugi klu tak tgk video menyesal seumur idup...
Terbaik dari JJM diptg selasa ni.

Like JJM