Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 15 November 2011

Nadia Tenang Terima Kekalahan

Prop Prep JJM:


Macamnilah yang patut kita banggakan..walaupun kalah apa saja kena terima dgn tenang dan damai. Syabass Nadia.

Tenang terima 'kekalahan'
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my
2011/11/15

NADIA (kanan) ketika penggambaran filem Aji Noh Motor.
NADIA (kanan) ketika penggambaran filem Aji Noh Motor.
Nadia tidak kisah digandingkan dengan Lisdawati

MELIHAT aksinya memakai tudung litup selepas itu membawa motosikal dengan wajah yang tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku kepada pelakon bernama Nadia Mustafar ini.
Lagaknya cukup bersahaja. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya dengan setiap arahan yang diberikan. Sesekali Nadia kelihatan ketawa apabila ditegur oleh pembantu pengarah atau pelakon lain yang bergandingan dengannya.
Itulah gelagat Nadia ketika dalam set penggambaran filem terbarunya, Aji Noh Motor arahan Mohd Razif Rashid atau Ajib di Beranang, Selangor, baru-baru ini.

Hakikatnya, beberapa minggu sebelum penggambaran filem ini dimulakan, Mahkamah Sesyen mengarahkan dia membayar saman sebanyak RM50,00 kepada Lisdawati. Di atas nasihat peguamnya, Nadia tidak memberikan sebarang ulasan panjang lebar.

Percaya bahawa lumrah alam ada turun naik dan cukup bersedia dengan situasi menang atau kalah, pelakon drama dan filem ini menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak mempertikaikan. Bagaimanapun, saya masih mempunyai hak memfailkan rayuan. Ini keputusan saya sendiri dan atas nasihat peguam. Lagipun, sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah, saya sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika diminta mengulas kekalahannya dalam kes saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadapnya.
Nadia sememang begitu tenang menjawab soalan membabitkan perkara itu.

Katanya, kekalahan itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk hidup bahagia disamping dua anaknya, Hazil Izham Qaliff Izham berusia dua tahun setengah dan Mia Qaisara Qaliff Izham berusia tiga tahun setengah.

“Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu. Rasa tenang dan sudah adat dunia menang atau menerima ‘kekalahan’. Sebenarnya saya tidak mahu komen lagi berkenaan isu ini kerana sudah dinasihati peguam. Saya juga sudah bersedia menerima keputusan ini. Jika tidak menang, saya perlu menerima ‘kekalahan’ dan begitulah sebaliknya.

“Selepas menerima keputusan ini, saya menjalani kehidupan seperti biasa. Berlakon seperti biasa dan tidak tertekan,” katanya.

Ditanya tidakkah selepas menerima keputusan itu, dia bimbang peminat akan menganggapnya sebagai bersalah, Nadia tetap positif mengatakan pada dirinya sendiri bahawa dia tidak rasa bersalah atau malu kerana selama ini memang tidak pernah mengambil duit orang mahupun membuat kehidupan sesiapa susah.

“Saya hanya tuntut kebenaran. Sebenarnya hal ini hanya saya dan dia (Lisdawati) saja yang tahu kebenarannya. Jadi saya terima saja apa yang berlaku. Kalau dia berada di tempat saya, dia juga akan lakukan perkara yang sama,” katanya.

Bertanya berkenaan sejauh mana tahap profesionalisme dirinya jika digandingkan bersama Lisdawati, Nadia ada jawapannya tersendiri.

“Selama ini selepas kejadian yang berlaku, saya dan dia tidak pernah digandingkan dalam mana-mana produksi. Mungkin semua produksi sudah tahu apa yang berlaku dan tidak menggandingkan kami. Jika ada tawaran bersama dia, saya ok saja.

“Dalam Suria Di Cardobo juga saya dan dia berlakon tetapi melalui masa penggambaran yang tidak sama,” katanya sambil memberitahu perkara itu sudah lapan tahun berlalu.

Membawa Nadia kembali semula kepada soal kerjayanya, dia memberitahu setakat ini rezeki hadir mengiringi hidupnya.

Katanya, dia akan berlakon drama di bawah arahan Hans Isaac berjudul Lemang Kampung Santan dan filem Penanggal terbitan Tayangan Unggul dan supertele berjudul Isnin, Selasa, Rabu di bawah arahan James Lee.

“Sekarang ini saya menjalani penggambaran filem Aji Noh Motor di bawah arahan Muhamad Razif Abdul Rashid. Bekerja dengan pengarah ini membuatkan saya cukup selesa dan bebas memberikan idea.

“Lagipun sebelum ini saya dan pengarah sudah pernah bekerjasama. Saya melihatnya cukup berbakat dan penuh dengan idea baru,” katanya yang membawakan watak sebagai Datin Zalzlina yang cukup garang.

Katanya, dia juga masih aktif dalam perniagaan makanannya dan berharap rezeki itu terus menyuburkan dia sekeluarga.

“ Saya masih buat perniagaan tempahan makanan. Cuma yang terbaru saya sudah mula memperkenalkan tempahan makanan saya di set lokasi dan sambutan yang diterima menggalakkan.

“Dulu saya ada buka kedai makanan tetapi kerana tidak ada siapa boleh menguruskan dengan baik, saya tutup saja dan menumpukan kepada bidang tempahan makanan,” katanya.

Tiada ulasan:

Like JJM