Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Isnin, 31 Oktober 2011

Buku Mastika

JJM

JJM amat meminati buku Mastika masa remaja dolu-dolu le. Sekrg kurang sikit..Tapi untuk memberi sokongan pada buku yg telah lama bertapak di Tanah Melayu JJM pasti wajib sokong so sapa2 yg minat dgn buku Mastika silalah ke link di atas orat...http://www.utusankarya.com.my/portal/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=category&id=5:mastika&Itemid=60

Madonna

JJM




Bukan semua orang bernasib baik. Terkini, abang kandung Madonna dilaporkan hidup merempat di jalanan dan hanya bergantung ehsan dari gereja untuk makan dan minum.
Anthony Ciccone, abang kepada bintang pop terkenal di seluruh dunia ini terpaksa hidup di jalanan selepas hilang pekerjaan di ladang anggur milik keluarganya. Punca Anthony hilang pekerjaan masih lagi tidak diberitahu.
Dia kerapkali didatangi dan ditawarkan makanan oleh wartawan hiburan yang ingin menemubualnya, namun dia menolak dan mengatakan dia tidak mahu pertolongan dari mereka hanya kerana dia ada hubungan persaudaraan dengan ratu pop, Madonna.
Anthony turut berkata kepada wartawan, “Saya tidak mahukan pertolongan disebabkan Madonna, saya juga tidak mahu publisiti. Kalau anda datang sekadar untuk mendapatkan cerita mengenai adik saya, tidak sama sekali. Saya tak perlukan makanan, gereja disini pun sudah memadai untuk saya.”

K-Pop Big Bang

JJM


Berita baik untuk peminat tegar K-Pop, Big Bang berjaya mengungguli pencalonan MTV Europe Music Award 2011 Asia Pasifik dan dicalonkan dalam kategori “World Act”. Big Bang telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan undian dari peminat di seluruh benua Asia Pasifik.
Kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang jejaka iaitu, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung, dan Seungri ini bakal mengharumkan nama Korea Selatan dan Asia Pasifik jika mereka berjaya memenangi pencalonan ini.
Tidak mungkin menang mudah, Big Bang akan bersaing bersama artis popular lain iaitu Abdelfattah Grini (Africa/India/Middle East), Lena (Europe), Restart (Latin America), dan Britney Spears (North America). Pemenang akan diumumkan di MTV EMA 2011 yang berlangsung pada 6 November ini.
Ingin melihat Big Bang menang? Para peminat boleh mengundi Big Bang di laman rasmi MTV EMA 2011 sekarang!
JJM

Terbaik darinya keenakkan suaranya kemerduan suaranya mmg tak der tandingannya. Hati yg baik murah rezeki Puan Pah. Tapi JJM tak berapa gemo dgn wajahnyer..mcm ada sesuatu yg tak kena dah mcm 4 segi wajahnyer. Dulu cantik berseri2 tpi sekrg mcm berbonjol2...dh tk cantik dah. Kenapa nak ubah kejadian Allah ya Pn Pah...oii

S. Aini beramal lagi
Penyanyi terkenal DatuK Sharifah Aini tidak jemu-jemu menggunakan keringat dan suara untuk mengutip dana membantu badan amal serta rumah tahfiz.
Dia dan dua rakan penyanyi dari seberang, Grace Simon dan Dewi Yull akan mengaakan persembahan yang dinamakan  Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.
Grace Simon turut hiburkan peminat Malaysia.
"Saya sudah mengadakan pelbagai konsep persembahan. Kali ini saya tampilkan dua sahabat dari Indonesia yang seangkatan untuk sama-sama memeriahkan persembahan," kata Sharifah Aini. Kebetulan ketiga-tiga mereka ada cerita yang boleh dikongsikan bersama. Mereka adalah antara tiga artis yang pernah berganding dengan Broery Marantika. Grace pernah bergandingan dengan Broery dalam beberapa buah filem.
Dewi juga rakan duet Broery yang sangat popular di negara ini. Sharifah pula pernah menjadi buah hati Broery dalam filem Hapuslah Airmatamu serta mempunyai lagu duet popular termasuk lagu popular Seiring Sejalan yang masih diingati sehingga hari ini.
Kalau ada seorang lagi ratu hati Broery, Emilia Contessa pasti akan lebih banyak nostalgia yang dapat dikongsikan bersama peminat di negara ini. Apa-apapun padanan ketiga-tiga mereka pasti akan menggamit memori peminat pada lagu-lagu hit era 70-an sehingga 90-an.
Gigih bantu anak-anak tahfiz.
Grace mempunyai banyak lagu berhantu antaranya Menanti, Malati Penuh Noda, Bing, Cinta Putih dan Esok Malam Kujelang. Dewi juga terkenal dengan lagu Kini Baru Kau Rasa serta lagu-lagu duet dengan Broery termasuk lagu popular mereka Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.
Kutipan daripada persembahan amal ini akan disalurkan kepada Baitul Ehsan, Taman Maluri, Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran Puchong dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti.
Jualan meja dengan harga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Untuk tempahan boleh hubungi Shameen di talian 019-2495277 atau e-mel ke limeevent@gmail.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Ia dianjurkan oleh Sri Dewi Production dan Lime Event Management dengan Hotel Royale Bintang selaku penaja utama.

Lindsay Lohan Di Playboy

JJM memg minat giler dgn budak ni...tpi sekrg...

Lindsay Lohan Tampil Bogel Di Majalah Playboy!

Dikemaskini oleh pada October 25th, 2011
Celebriti & E-News 22 Respon


Dipetik daripada laman TMZ, Lindsay Lohan dikatakan akan muncul bogel untuk majalah dewasa, Playboy edisi terbaru terbitan Hugh Hefner. Difahamkan, Lindsay Lohan meminta bayaran setinggi USD1 juta bagi memenuhi kehendak majalah tersebut, namun rundingan harga yang dibuka oleh majalah berkenaan ialah USD750 000.
Rundingan tersebut hampir dipersetujui dan akan ditandatangani dalam masa terdekat. Setakat ini, Lindsay Lohan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tawaran tersebut.
Wakil Lindsay Lohan yang dihubungi pula tidak menafikan atau mengiyakan tawaran tersebut dengan berkata, “Playboy masih belum memberikan sebarang respon terhadap email dan panggil telefon kami.”
Menurut satu sumber dalaman, Lindsay Lohan akan menghadiri sesi photoshoot di Los Angeles sekitar hujung minggu ini.

Perkahwinan Kim Kardashian Mula Retak

JJM




Baru 2 bulan berkahwin, pasangan selebriti yang menyambut majlis mereka secara eksklusif dan bernilai $10 Juta ini telah mula goyah.
Kim yang mempunyai rangkaian perniagaan dan rancangan realiti sendiri ini mula rasa tidak senang duduk apabila suaminya sudah tidak bekerja kerana sedikit masalah dengan NBA. Masalah mereka berdua berpunca sehari sebelum hari lahir Kim pada 21 Oktober lepas. Mereka turut dilihat dalam keadaan dingin ketika menghadiri rancangan tv, ‘Dancing With The Star’ untuk melihat Rob Kardashian yang juga peserta rancangan tersebut.
Perkahwinan mereka berdua dilangsungkan 9 bulan selepas berkenalan dan dikatakan pada satu tahap, Kim telah mula bosan dengan Kris yang langsung tidak buat apa-apa untuk menyara keluarga.
Untuk pengetahuan, perkahwinan mereka ditaja sepenuhnya dan hanya wakil media tertentu yang dibenarkan membuat liputan di majlis perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan mereka turut dijadikan rancangan tv bertajuk, ‘Kim’s Fairytale Wedding’.

Angelina Anak Watie

JJM

Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!




Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.
Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?
Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.
Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Adakah Watie cuba lari daripada media?
Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.
Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.
Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?
Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.
Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?
Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.
Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!
Apa maksudnya bermotifkan duit?
Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.
Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?
Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.
Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?
Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.
Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya.

JJM Bercuti Di Kuala Linggi Melaka

JJM



Ni pic semsa JJM g bercuti bru lagi...bersama2 geng Saharan. Geng Saharan bergrk g ke Chalet Family Kuala Linggi jam 10 pagi dri R & R Seremban sebyk 8 buah keta. Pada mulanya semua yg nak join g sana 11 keta tetapi disaat2 akhir Geng Sarahan tepksa undur diri krn ada mslh tknkl. Apa2 pun
terbaiklah... 

  Tempat  tinggal kitaorg TERBAIK..

 kalah dalam permainan UNO nilah akibatnyer hehehehe...my hubby



































Sabtu, 29 Oktober 2011

Kempen Merah Jambu Estee Lauder

JJM

Warna pink warna kegermaran anak ke2 JJM "Balqis or Angah"

Kempen Bergaya Merah Jambu Estee Lauder

Kempen Bergaya Merah Jambu Estee Lauder

Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2011: Mungkin sudah ada yang perasan dengan panahan neon merah jambu yang menghiasi tiga mercu tanda ibu kota iaitu Menara Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Bukit Bintang sejak awal bulan ini.
Semuanya dilakukan bagi meneruskan usaha Evelyn Lauder iaitu pengasas kempen Estee Lauder Companies Breast Cancer Awareness sejak 1992 bagi menyemarakan kesedaran berkenaan bahaya kanser payudara untuk wanita di seluruh dunia.
Sempena meraikan kempen selama sebulan itu, jenama kecantikan antarabangsa, Estee Lauder telah memperkenalkan karnival beli-belah terbesar di sepanjang Jalan Bukit Bintang pada Jumaat lalu sekaligus merasmikan kempen berkenaan.
Dikenali sebagai Pink Fashion Night Out, kempen berkenaan dalam satu usaha mengutip dana menerusi penjualan passport merah jambu membabitkan 200 peruncit di pusat beli-belah Pavilion dan Fahrenheit 88 selain jualan beg tote istimewa bernilai RM50.
Tidak ketinggalan juga,jualan edisi istimewa pek merah jambu barangan kosmetik daripada Estee Lauder sendiri dan Origins yang turut memberi kelebihan kepada pelanggan mendapatkan perkhidmatan solekan percuma daripada beberapa produk berjenama antarabangsa.
Lebih istimewa, apabila orang ramai telah diedarkan dengan risalah informasi berhubung kempen selama sebulan berkenaan dan juga pemberian riben merah jambu untuk disematkan di dada para pengunjung yang lalu lalang di sekitar laluan segitiga emas berkenaan.
Tarikan simbolik yang diperkenalkan Estee Lauder itu adalah sebagai satu usaha sejagat bagi menyatukan semua pihak, tidak kira golongan perseorangan mahupun berkumpulan untuk sebulat suara meyatakan bahawa pencegahan awal sangat penting dalam membendung bilangan pengidap kanser berkenaan semakin bertambah.
Menyemarakan majlis perasmian penuh ceria itu, pengunjung Bukit Bintang telah dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Noryn Aziz dan Jaclyn Victor dengan membawa mesej penting berkenaan kanser payudara.

Duty Kaunter

Prop Prep JJM:

Hari ni JJM berduty di kaunter. Boringnyer client pun tak ramai arini. Maklumlah ari Jumaat. JJM pun dah tak der mood nk buat keje dok asyik ingt nk p bercuti je...plan dgn my family sok ni p Kuala Linggi mandi pantai, bbq dn mcm2lah. Lagipun anak2 dah hbs final exm, bagi dorg release tension. JJM pun nak p berhat tenangkan relaxkan badan dan minda. Stress wei jga anak yg ramai. Klu tak betui2 jaga leh msk tanjung wei. Macam2 kerenah mcm2 ragam gelagat dorg ni. Klu time elok orait selamat JJM. Klu tak leh jadi hugh hogon yg bertukar jadi kalour ijou tu. Nak wat camner anak2 kan. Nyawa kita.

La ni JJM ada bkk kios Ice Blendz kt umah macam2 ada perisa mocha, vanila, capocino, latte dan mcm2 ada. Yg kecik rege RM2.50 special RM3.50/ beso RM3.50 yg special RM5.00. Bolehlah tolong hubby JJM cari duit lebih. Dapatle beli pampes dan susu si bby Khalis tu. So stop sini dulu nnti ada idea baru JJM edit kat blog ni...saje boring kat kaunter ni....meh le teman JJM.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Fabulous Kimora Lee

JJM

Wah JJM selalu tgk siri rancangan Kimora ni. Kaya gila anak2nya pun laser giler. Bangga Kimora dtg ke Malaysia nak pi jumpa dier lah nk tgkp pic dgn Kimora. Layan ke dia JJM ni. Walaupun Kimora dah kaya raya still jugak ada adap le. Leh ke JJM jadi macam Kimora ni. Terbaik dari JJM.

Si Fabulous Kimora Lee Kunjungi Malaysia

Si Fabulous Kimora Lee Kunjungi Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2011: Bagi peminat bekas model tinggi lampai, Kimora Lee Simmons pastinya akan gembira tak terhingga kerana mogul fesyen berpengaruh itu akan mengotakan janjinya untuk datang ke negara ini seperti yang pernah ditulis di dalam laman Twitter miliknya.
Kimora Lee yang sangat terkenal menerusi program TV realiti sensasi, Kimora: Life in the Fab Lane di saluran E! Entertaiment (Astro saluran 712) akan berkunjung ke ibu negara pada 4 hingga 6 November depan.
Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadirannya itu tidak lain tidak bukan dalam satu cara mempromosikan program realiti berkenaan yang memasuki musim keempat selain bercerita mengenai jenama fesyen miliknya, statusnya sebagai seorang ibu, isteri dan banyak lagi.
Portal murai.com.my telah diundang untuk menghadiri sesi sidang media selama setengah jam bersama ikon fesyen bersuara lantang berkenaan yang akan turut disertai pihak media tak kira dalam industri hiburan dan fesyen tempatan.
Menurut sumber E! Entertaiment, sebelum datang ke Malaysia, Kimora Lee dipercayai terlebih dahulu akan berada di Hong Kong bagi menyemarakan sebuah acara fesyen dan hiburan di sana
"Kita sangat beruntung, kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang akan dikunjungi Kimora Lee sebelum beliau pulang terus ke Los Angeles.
"Sekurang-kurangnya pihak media tempatan dan peminatnya di sini akan dapat mengikuti perkembangan Kimora Lee dengan lebih dekat selepas puas menyaksikan aksi dan dramanya dalam program realiti Kimora:Life in Fab Lane," katanya.
Kimora Lee akan menikmati sarapan pagi bersama-sama pihak media pada 5 November depan sambil berkongsi pengalaman kehidupannya sepanjang bergelar si fabulous yang dihormati.
 

Khamis, 27 Oktober 2011

Blog Paling Ngeri

JJM

Memang best blog ni JJM mmg suka blog mcm ni. La ni baru jumpa. Sapa2 yg berminat dgn ngeri, mayat, dll silah ke blog ni..Takut siut...ada berani ka!!!terbaik wokk

BLOG PALING NGERI



Blog kari ngeri merupakan blog yang paling ngeri dan seram di Malaysia. Memang sinomin dengan kandungan video dan gambar-gambar kat blog yang sememangnya ngeri. Sesiapa yang dah tengok atau masuk blog ni, mesti dah tak nak masuk lagi melainkan seseorang ni pencinta mayat atau kematian.
Untuk pengetahuan anda, blog kari ngeri yang sebenar telah kena banned baru-baru ni oleh blogger kerana kandungan yang ngeri dalam blog tersebut. Oleh itu, blog tersebut dah kena delete dan tak beropersi lagi dalam talian. Punca blog tersebut kena banned sebab ada sesetengah pengunjung membuat laporan bahawa blog tersebut sebagai “abuse”.
Tapi jangan sedih kepada peminat kari ngeri, founder kari ngeri ni tanpa putus asa membina satu lagi blog kari ngeri yang baru dengan url http://karingeriii.blogspot.com . URL yang baru ni mempunyai tiga “i” kat hujung perkataan ngeri.
INFO UPDATED : KARI NGERI DAH BERPINDAH KE DOMAIN SENDIRI.http://www.kari-ngeri.com
TAGLINE KARI NGERI: HIDUPLAH DENGAN PANTAS,MATILAH DENGAN CEPAT DAN TINGGALKAN MAYAT DENGAN MENARIK

Read more: BLOG PALING NGERI | melvister.com

Kereta Comel Termahal Di Dunia

JJM

Tak minat langsung....

Tata Goldplus Nano Kereta Paling Mahal Di Dunia


Tata Goldplus Nano Kereta kompak paling mahal
Kereta kompak selalunya dikaitkan dengan harga yang rendah, terutama untuk golongan remaja sebagai kereta pertama atau untuk perjalanan domestik seperti pergi dan pulang dari pejabat mahupun ke pasar atau lokasi berdekatan.
Namun ini bukan dalam situasi Tata GoldPlus Nano yang menjadi kereta kompak paling mahal di dunia keluaran Kumpulan Tata dari India.
Kumpulan Tata akhir memunculkan kereta kompak, Tata GoldPlus Nano yang bernilai AS$4.6 juta atau RM14.4 juta dengan disaluti 80 kilogram emas, 15 kilogram perak dan 10,000 batu berlian separa mewah.

Kereta kompak itu sedang dipamerkan di Mumbai buat masa ini, menurut laman automotif terkemuka tempatan, paultan.org.
“Malangnya, ini bukan untuk dijual – kereta kompak itu digunakan untuk tujuan penjenamaan dan promosi oleh GoldPlus Jewellery, yang mana sebahagian daripada Titan Industries, yang merupakan salah sebuah dalam syarikat Kumpulan Tata,
“GoldPlus merupakan rantaian peruncitan barang kemas terbesar di Tamil Nadu,” katanya lagi.


Dijual di India dengan harga serendah RM7,000.00 seunit sewaktu dilancarkan suatu masa dahulu, kereta kompak Nano itu dijangka di pasarkan pada harga sekitar sekitar RM20,000 sebuah jika mula menembusi pasaran tempatan.
Sementara itu, menurut arenakereta.com, Tata Nano kemungkinan besar akan dihasilkan dari kilang di Indonesia dengan pihak Tata Motors India kini dikatakan sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan perkara itu dan telah mengadakan perbincangan dengan PT Astra International, syarikat auto terkemuka Indonesia, dan merancang pengeluaran menjelang 2013.
Jika kerjasama tersebut berjaya, Indonesia akan menjadi pusat pengeluaran utama bagi kawasan Asia Tenggara dengan tumpuan pasaran meliputi negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Filipina.
Model kompak Tata Nano merupakan sebuah kenderaan penumpang dengan empat tempat duduk, telah mengejutkan industri automotif global pada tahun 2009 apabila harga yang ditawarkan paling rendah di dunia, RM7,000.00 seunit.


Pada bulan Mac 2011 yang lalu, Tata dikatakan berminat untuk bekerjasama dengan Proton bagi mengeluarkan kereta rakyat di Malaysia, merujuk kepada model Tata Nano. Namun sehingga kini masih belum ada perkembangan lanjut berkenaan perkara itu.
Memandangkan Tata telah merancang untuk mengeluarkan kereta Nano di Indonesia, berkemungkinan besar ura-ura untuk bekerjasama dengan Proton tidak kesampaian.

Read more: Tata Goldplus Nano Kereta Paling Mahal Di Dunia | melvister.com

Abby Abadi Putus Cinta

JJM

Nak buat camner sian Abby sis JJM ni. Semoga cepat dpt penggti. Semoga bertemu yg boleh menerima Kak Abby dan anak2. Ramai tu..

Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zulkifli



Abby Abadi dan kekasihnya Zul atau nama sebenar zulkifli dah putus cinta. Patutlah Facebook Abby sebelum ni dah kena tutup buat sementara waktu. Mungkin juga Abby pada ketika ini sedang berduka kerana dah putus cinta dengan kekasih yang tersayang bernama Zul. Ikuti luahan Abby mengenai perpisahan mereka kat blog Abby Abadi sendiri.


Sehingga ke saat Saya menaip untuk entri ini, Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat! huhu… Tapi keadaan, masa, orang-orang tertentu, yang bweekk (:P) semualah…. nampaknya tak menyebelahi kami. Berat sangat Saya nak share kan hal ni sebenarnya, …. tapi, takpelah….. Biar Zul happy dengan kehidupan dia sekarang. Sebab apa kami tak buleh lagi berdua, biar Saya simpan jer. Yang pasti, Saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada :) Mungkin dia tak sedar yang Saya ni selalu ada di sebelah dia selama ni.” ”Saya… mmmm, di duga lagi…… Sedih memang tak tergambar dengan kata-kata, tapi Saya redha dengan ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Saya, yang Saya lakukan tanpa sedar sebelum ni, dan sekarang inilah balasan Tuhan pada Saya. Saya terharu sebenarnya dengan doa dari semua yang mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tapi apakan daya… Saya pun mengharap ‘sesuatu yang terbaik’ sebenarnya… tapi INILAH TAKDIR SAYA.” Saya sedih…. sangat sedih untuk terima ‘kehilangan’ ini… tapi Saya takde kuasa untuk ubah keadaan. Saya cuma nak orang yang Saya sayang bahagia dengan apa yang dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Saya.”  ”SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25″


Read more: Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zulkifli | melvister.com

Haifa Wahbi

JJM

Nasib tak baik sian. Saman jer

Gambar Bogel Penyanyi Lebanon Dirakam


Gambar bogel penyanyi lebanon dirakam dalam bilik persalinan. Penyanyi Lebanon, Haifa Wahbi merancang untuk menyaman sebuah kedai pakaian tempatan kerana meletakkan beberapa kamera tersembunyi di bilik persalinan dan merakam gambarnya dalam keadaan tidak berpakaian seterusnya menyebarkan gambar-gambar itu di Internet, lapor akhbar Al-Bawaba semalam.


Walaupun penyanyi yang popular dengan lagu Agoul Ahwak itu cuma membeli-belah di beberapa gedung pakaian terpilih, dia telah terpedaya satu komplot jahat yang dilakukan di kedai pakaian yang kerap dikunjunginya itu.
Haifa yang berang melihat gambar-gambar bogelnya tersebar di Internet segera menelefon pemilik kedai pakaian tersebut untuk memarahinya selain memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah berhubung isu tersebut.
Ekoran insiden tersebut, Haifa yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Lebanon, mengarahkan seorang peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan kedai pakaian berkenaan sebagai pengajaran.
Sementara itu, penyanyi itu sedang melakukan persiapan untuk album terbaharunya yang turut menampilkan lagu duet bersama bintang rap Amerika Syarikat, Snoop Dog.
Haifa juga akan membintangi sebuah drama televisyen yang dijadual disiarkan dalam bulan Ramadan tahun depan. – Agensi

Miera Liyana & Boyprenyer

 Prop Prep JJM:

Hancussssss artis2 remaja sekrg. Kesian kat makbapak dorg tau pun mmg slh makbapak tak mengajar kesopanan. Cantik dan sweet tapi sayg tak jaga maruah diri...

4Share
 
Gambar Miera Liyana panas bersama dengan teman lelaki. Miera liyana ni sentiasa dengan imerj penampilan yang seksi dan menggoda. Siapa yang dapat jadi teman lelaki miera liyana ni memang untung habis. Kalau anda nak tahu, jejaka bertuah dalam gambar ni adalah Lash Mokhtar. Menurut sumber, Lash Mokhtar ni juga turut aktif berlakon untuk beberapa drama dan filem.Antaranya ialah ‘Kami The Movie’,’Hanyut’ dan yang terbaru ialah ‘Alauddin’.. Jika betul mereka berdua ni tengah bercinta, MyGosip harap cepat-cepat la mereka berdua ni berkahwin. Apa-apa pun jom kita layan gambar Miera Liyana dan Lash Mokhtar bermanja-manja kat bawah ni

Miera Liyana bersama teman lelaki
Miera Liyana dengan bf
teman lelaki Miera Liyana
miera liyana seksi
Miera Liyana seksi
gambar seksi Miera Liyana

Read more: Gambar Panas Miera Liyana Bersama Teman Lelaki | melvister.com

Like JJM