Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kempen Merah Jambu Estee Lauder

JJM

Warna pink warna kegermaran anak ke2 JJM "Balqis or Angah"

Kempen Bergaya Merah Jambu Estee Lauder

Kempen Bergaya Merah Jambu Estee Lauder

Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2011: Mungkin sudah ada yang perasan dengan panahan neon merah jambu yang menghiasi tiga mercu tanda ibu kota iaitu Menara Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Bukit Bintang sejak awal bulan ini.
Semuanya dilakukan bagi meneruskan usaha Evelyn Lauder iaitu pengasas kempen Estee Lauder Companies Breast Cancer Awareness sejak 1992 bagi menyemarakan kesedaran berkenaan bahaya kanser payudara untuk wanita di seluruh dunia.
Sempena meraikan kempen selama sebulan itu, jenama kecantikan antarabangsa, Estee Lauder telah memperkenalkan karnival beli-belah terbesar di sepanjang Jalan Bukit Bintang pada Jumaat lalu sekaligus merasmikan kempen berkenaan.
Dikenali sebagai Pink Fashion Night Out, kempen berkenaan dalam satu usaha mengutip dana menerusi penjualan passport merah jambu membabitkan 200 peruncit di pusat beli-belah Pavilion dan Fahrenheit 88 selain jualan beg tote istimewa bernilai RM50.
Tidak ketinggalan juga,jualan edisi istimewa pek merah jambu barangan kosmetik daripada Estee Lauder sendiri dan Origins yang turut memberi kelebihan kepada pelanggan mendapatkan perkhidmatan solekan percuma daripada beberapa produk berjenama antarabangsa.
Lebih istimewa, apabila orang ramai telah diedarkan dengan risalah informasi berhubung kempen selama sebulan berkenaan dan juga pemberian riben merah jambu untuk disematkan di dada para pengunjung yang lalu lalang di sekitar laluan segitiga emas berkenaan.
Tarikan simbolik yang diperkenalkan Estee Lauder itu adalah sebagai satu usaha sejagat bagi menyatukan semua pihak, tidak kira golongan perseorangan mahupun berkumpulan untuk sebulat suara meyatakan bahawa pencegahan awal sangat penting dalam membendung bilangan pengidap kanser berkenaan semakin bertambah.
Menyemarakan majlis perasmian penuh ceria itu, pengunjung Bukit Bintang telah dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Noryn Aziz dan Jaclyn Victor dengan membawa mesej penting berkenaan kanser payudara.

Tiada ulasan:

Like JJM