Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Jumaat, 28 Oktober 2011

Fabulous Kimora Lee

JJM

Wah JJM selalu tgk siri rancangan Kimora ni. Kaya gila anak2nya pun laser giler. Bangga Kimora dtg ke Malaysia nak pi jumpa dier lah nk tgkp pic dgn Kimora. Layan ke dia JJM ni. Walaupun Kimora dah kaya raya still jugak ada adap le. Leh ke JJM jadi macam Kimora ni. Terbaik dari JJM.

Si Fabulous Kimora Lee Kunjungi Malaysia

Si Fabulous Kimora Lee Kunjungi Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2011: Bagi peminat bekas model tinggi lampai, Kimora Lee Simmons pastinya akan gembira tak terhingga kerana mogul fesyen berpengaruh itu akan mengotakan janjinya untuk datang ke negara ini seperti yang pernah ditulis di dalam laman Twitter miliknya.
Kimora Lee yang sangat terkenal menerusi program TV realiti sensasi, Kimora: Life in the Fab Lane di saluran E! Entertaiment (Astro saluran 712) akan berkunjung ke ibu negara pada 4 hingga 6 November depan.
Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadirannya itu tidak lain tidak bukan dalam satu cara mempromosikan program realiti berkenaan yang memasuki musim keempat selain bercerita mengenai jenama fesyen miliknya, statusnya sebagai seorang ibu, isteri dan banyak lagi.
Portal murai.com.my telah diundang untuk menghadiri sesi sidang media selama setengah jam bersama ikon fesyen bersuara lantang berkenaan yang akan turut disertai pihak media tak kira dalam industri hiburan dan fesyen tempatan.
Menurut sumber E! Entertaiment, sebelum datang ke Malaysia, Kimora Lee dipercayai terlebih dahulu akan berada di Hong Kong bagi menyemarakan sebuah acara fesyen dan hiburan di sana
"Kita sangat beruntung, kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang akan dikunjungi Kimora Lee sebelum beliau pulang terus ke Los Angeles.
"Sekurang-kurangnya pihak media tempatan dan peminatnya di sini akan dapat mengikuti perkembangan Kimora Lee dengan lebih dekat selepas puas menyaksikan aksi dan dramanya dalam program realiti Kimora:Life in Fab Lane," katanya.
Kimora Lee akan menikmati sarapan pagi bersama-sama pihak media pada 5 November depan sambil berkongsi pengalaman kehidupannya sepanjang bergelar si fabulous yang dihormati.
 

Like JJM