Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Isnin, 31 Oktober 2011

Buku Mastika

JJM

JJM amat meminati buku Mastika masa remaja dolu-dolu le. Sekrg kurang sikit..Tapi untuk memberi sokongan pada buku yg telah lama bertapak di Tanah Melayu JJM pasti wajib sokong so sapa2 yg minat dgn buku Mastika silalah ke link di atas orat...http://www.utusankarya.com.my/portal/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=category&id=5:mastika&Itemid=60

Madonna

JJM




Bukan semua orang bernasib baik. Terkini, abang kandung Madonna dilaporkan hidup merempat di jalanan dan hanya bergantung ehsan dari gereja untuk makan dan minum.
Anthony Ciccone, abang kepada bintang pop terkenal di seluruh dunia ini terpaksa hidup di jalanan selepas hilang pekerjaan di ladang anggur milik keluarganya. Punca Anthony hilang pekerjaan masih lagi tidak diberitahu.
Dia kerapkali didatangi dan ditawarkan makanan oleh wartawan hiburan yang ingin menemubualnya, namun dia menolak dan mengatakan dia tidak mahu pertolongan dari mereka hanya kerana dia ada hubungan persaudaraan dengan ratu pop, Madonna.
Anthony turut berkata kepada wartawan, “Saya tidak mahukan pertolongan disebabkan Madonna, saya juga tidak mahu publisiti. Kalau anda datang sekadar untuk mendapatkan cerita mengenai adik saya, tidak sama sekali. Saya tak perlukan makanan, gereja disini pun sudah memadai untuk saya.”

K-Pop Big Bang

JJM


Berita baik untuk peminat tegar K-Pop, Big Bang berjaya mengungguli pencalonan MTV Europe Music Award 2011 Asia Pasifik dan dicalonkan dalam kategori “World Act”. Big Bang telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan undian dari peminat di seluruh benua Asia Pasifik.
Kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang jejaka iaitu, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung, dan Seungri ini bakal mengharumkan nama Korea Selatan dan Asia Pasifik jika mereka berjaya memenangi pencalonan ini.
Tidak mungkin menang mudah, Big Bang akan bersaing bersama artis popular lain iaitu Abdelfattah Grini (Africa/India/Middle East), Lena (Europe), Restart (Latin America), dan Britney Spears (North America). Pemenang akan diumumkan di MTV EMA 2011 yang berlangsung pada 6 November ini.
Ingin melihat Big Bang menang? Para peminat boleh mengundi Big Bang di laman rasmi MTV EMA 2011 sekarang!
JJM

Terbaik darinya keenakkan suaranya kemerduan suaranya mmg tak der tandingannya. Hati yg baik murah rezeki Puan Pah. Tapi JJM tak berapa gemo dgn wajahnyer..mcm ada sesuatu yg tak kena dah mcm 4 segi wajahnyer. Dulu cantik berseri2 tpi sekrg mcm berbonjol2...dh tk cantik dah. Kenapa nak ubah kejadian Allah ya Pn Pah...oii

S. Aini beramal lagi
Penyanyi terkenal DatuK Sharifah Aini tidak jemu-jemu menggunakan keringat dan suara untuk mengutip dana membantu badan amal serta rumah tahfiz.
Dia dan dua rakan penyanyi dari seberang, Grace Simon dan Dewi Yull akan mengaakan persembahan yang dinamakan  Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.
Grace Simon turut hiburkan peminat Malaysia.
"Saya sudah mengadakan pelbagai konsep persembahan. Kali ini saya tampilkan dua sahabat dari Indonesia yang seangkatan untuk sama-sama memeriahkan persembahan," kata Sharifah Aini. Kebetulan ketiga-tiga mereka ada cerita yang boleh dikongsikan bersama. Mereka adalah antara tiga artis yang pernah berganding dengan Broery Marantika. Grace pernah bergandingan dengan Broery dalam beberapa buah filem.
Dewi juga rakan duet Broery yang sangat popular di negara ini. Sharifah pula pernah menjadi buah hati Broery dalam filem Hapuslah Airmatamu serta mempunyai lagu duet popular termasuk lagu popular Seiring Sejalan yang masih diingati sehingga hari ini.
Kalau ada seorang lagi ratu hati Broery, Emilia Contessa pasti akan lebih banyak nostalgia yang dapat dikongsikan bersama peminat di negara ini. Apa-apapun padanan ketiga-tiga mereka pasti akan menggamit memori peminat pada lagu-lagu hit era 70-an sehingga 90-an.
Gigih bantu anak-anak tahfiz.
Grace mempunyai banyak lagu berhantu antaranya Menanti, Malati Penuh Noda, Bing, Cinta Putih dan Esok Malam Kujelang. Dewi juga terkenal dengan lagu Kini Baru Kau Rasa serta lagu-lagu duet dengan Broery termasuk lagu popular mereka Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.
Kutipan daripada persembahan amal ini akan disalurkan kepada Baitul Ehsan, Taman Maluri, Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran Puchong dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti.
Jualan meja dengan harga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Untuk tempahan boleh hubungi Shameen di talian 019-2495277 atau e-mel ke limeevent@gmail.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Ia dianjurkan oleh Sri Dewi Production dan Lime Event Management dengan Hotel Royale Bintang selaku penaja utama.

Lindsay Lohan Di Playboy

JJM memg minat giler dgn budak ni...tpi sekrg...

Lindsay Lohan Tampil Bogel Di Majalah Playboy!

Dikemaskini oleh pada October 25th, 2011
Celebriti & E-News 22 Respon


Dipetik daripada laman TMZ, Lindsay Lohan dikatakan akan muncul bogel untuk majalah dewasa, Playboy edisi terbaru terbitan Hugh Hefner. Difahamkan, Lindsay Lohan meminta bayaran setinggi USD1 juta bagi memenuhi kehendak majalah tersebut, namun rundingan harga yang dibuka oleh majalah berkenaan ialah USD750 000.
Rundingan tersebut hampir dipersetujui dan akan ditandatangani dalam masa terdekat. Setakat ini, Lindsay Lohan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tawaran tersebut.
Wakil Lindsay Lohan yang dihubungi pula tidak menafikan atau mengiyakan tawaran tersebut dengan berkata, “Playboy masih belum memberikan sebarang respon terhadap email dan panggil telefon kami.”
Menurut satu sumber dalaman, Lindsay Lohan akan menghadiri sesi photoshoot di Los Angeles sekitar hujung minggu ini.

Perkahwinan Kim Kardashian Mula Retak

JJM




Baru 2 bulan berkahwin, pasangan selebriti yang menyambut majlis mereka secara eksklusif dan bernilai $10 Juta ini telah mula goyah.
Kim yang mempunyai rangkaian perniagaan dan rancangan realiti sendiri ini mula rasa tidak senang duduk apabila suaminya sudah tidak bekerja kerana sedikit masalah dengan NBA. Masalah mereka berdua berpunca sehari sebelum hari lahir Kim pada 21 Oktober lepas. Mereka turut dilihat dalam keadaan dingin ketika menghadiri rancangan tv, ‘Dancing With The Star’ untuk melihat Rob Kardashian yang juga peserta rancangan tersebut.
Perkahwinan mereka berdua dilangsungkan 9 bulan selepas berkenalan dan dikatakan pada satu tahap, Kim telah mula bosan dengan Kris yang langsung tidak buat apa-apa untuk menyara keluarga.
Untuk pengetahuan, perkahwinan mereka ditaja sepenuhnya dan hanya wakil media tertentu yang dibenarkan membuat liputan di majlis perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan mereka turut dijadikan rancangan tv bertajuk, ‘Kim’s Fairytale Wedding’.

Angelina Anak Watie

JJM

Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!




Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.
Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?
Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.
Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Adakah Watie cuba lari daripada media?
Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.
Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.
Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?
Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.
Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?
Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.
Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!
Apa maksudnya bermotifkan duit?
Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.
Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?
Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.
Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?
Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.
Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya.

JJM Bercuti Di Kuala Linggi Melaka

JJM



Ni pic semsa JJM g bercuti bru lagi...bersama2 geng Saharan. Geng Saharan bergrk g ke Chalet Family Kuala Linggi jam 10 pagi dri R & R Seremban sebyk 8 buah keta. Pada mulanya semua yg nak join g sana 11 keta tetapi disaat2 akhir Geng Sarahan tepksa undur diri krn ada mslh tknkl. Apa2 pun
terbaiklah... 

  Tempat  tinggal kitaorg TERBAIK..

 kalah dalam permainan UNO nilah akibatnyer hehehehe...my hubby



































Like JJM