JJM
Berita baik untuk peminat tegar K-Pop, Big Bang berjaya mengungguli pencalonan MTV Europe Music Award 2011 Asia Pasifik dan dicalonkan dalam kategori “World Act”. Big Bang telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan undian dari peminat di seluruh benua Asia Pasifik.
Kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang jejaka iaitu, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung, dan Seungri ini bakal mengharumkan nama Korea Selatan dan Asia Pasifik jika mereka berjaya memenangi pencalonan ini.
Tidak mungkin menang mudah, Big Bang akan bersaing bersama artis popular lain iaitu Abdelfattah Grini (Africa/India/Middle East), Lena (Europe), Restart (Latin America), dan Britney Spears (North America). Pemenang akan diumumkan di MTV EMA 2011 yang berlangsung pada 6 November ini.
Ingin melihat Big Bang menang? Para peminat boleh mengundi Big Bang di laman rasmi MTV EMA 2011 sekarang!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan