Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Isnin, 31 Oktober 2011

JJM

Terbaik darinya keenakkan suaranya kemerduan suaranya mmg tak der tandingannya. Hati yg baik murah rezeki Puan Pah. Tapi JJM tak berapa gemo dgn wajahnyer..mcm ada sesuatu yg tak kena dah mcm 4 segi wajahnyer. Dulu cantik berseri2 tpi sekrg mcm berbonjol2...dh tk cantik dah. Kenapa nak ubah kejadian Allah ya Pn Pah...oii

S. Aini beramal lagi
Penyanyi terkenal DatuK Sharifah Aini tidak jemu-jemu menggunakan keringat dan suara untuk mengutip dana membantu badan amal serta rumah tahfiz.
Dia dan dua rakan penyanyi dari seberang, Grace Simon dan Dewi Yull akan mengaakan persembahan yang dinamakan  Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.
Grace Simon turut hiburkan peminat Malaysia.
"Saya sudah mengadakan pelbagai konsep persembahan. Kali ini saya tampilkan dua sahabat dari Indonesia yang seangkatan untuk sama-sama memeriahkan persembahan," kata Sharifah Aini. Kebetulan ketiga-tiga mereka ada cerita yang boleh dikongsikan bersama. Mereka adalah antara tiga artis yang pernah berganding dengan Broery Marantika. Grace pernah bergandingan dengan Broery dalam beberapa buah filem.
Dewi juga rakan duet Broery yang sangat popular di negara ini. Sharifah pula pernah menjadi buah hati Broery dalam filem Hapuslah Airmatamu serta mempunyai lagu duet popular termasuk lagu popular Seiring Sejalan yang masih diingati sehingga hari ini.
Kalau ada seorang lagi ratu hati Broery, Emilia Contessa pasti akan lebih banyak nostalgia yang dapat dikongsikan bersama peminat di negara ini. Apa-apapun padanan ketiga-tiga mereka pasti akan menggamit memori peminat pada lagu-lagu hit era 70-an sehingga 90-an.
Gigih bantu anak-anak tahfiz.
Grace mempunyai banyak lagu berhantu antaranya Menanti, Malati Penuh Noda, Bing, Cinta Putih dan Esok Malam Kujelang. Dewi juga terkenal dengan lagu Kini Baru Kau Rasa serta lagu-lagu duet dengan Broery termasuk lagu popular mereka Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.
Kutipan daripada persembahan amal ini akan disalurkan kepada Baitul Ehsan, Taman Maluri, Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran Puchong dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti.
Jualan meja dengan harga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Untuk tempahan boleh hubungi Shameen di talian 019-2495277 atau e-mel ke limeevent@gmail.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Ia dianjurkan oleh Sri Dewi Production dan Lime Event Management dengan Hotel Royale Bintang selaku penaja utama.

Tiada ulasan:

Like JJM