JJM

Bukan semua orang bernasib baik. Terkini, abang kandung Madonna dilaporkan hidup merempat di jalanan dan hanya bergantung ehsan dari gereja untuk makan dan minum.
Anthony Ciccone, abang kepada bintang pop terkenal di seluruh dunia ini terpaksa hidup di jalanan selepas hilang pekerjaan di ladang anggur milik keluarganya. Punca Anthony hilang pekerjaan masih lagi tidak diberitahu.
Dia kerapkali didatangi dan ditawarkan makanan oleh wartawan hiburan yang ingin menemubualnya, namun dia menolak dan mengatakan dia tidak mahu pertolongan dari mereka hanya kerana dia ada hubungan persaudaraan dengan ratu pop, Madonna.
Anthony turut berkata kepada wartawan, “Saya tidak mahukan pertolongan disebabkan Madonna, saya juga tidak mahu publisiti. Kalau anda datang sekadar untuk mendapatkan cerita mengenai adik saya, tidak sama sekali. Saya tak perlukan makanan, gereja disini pun sudah memadai untuk saya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan