Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 25 Oktober 2011

Cici Mustaffa

JJM


Cici Mustaffa model yang comel lagi sweet. Cici JJM kenal bcoz dia adik kepada jiran sebelah rumah. Cici sangat cantik ditambah pulak dengan manjanya. Cici anak bongsu dalam family. Berumur 19 tahun. JJM rasa Cici bisa menjadi model yang terkenal setanding dengan model2 yang terkenal di Malaysia. Jika boleh terkenal hingga ke an tarabangsa. JJM akan carikan maklumat lagi tentang kerjaya Cici. Tunggu JJM akan update setiap masa orait...

Cuti-Cuti Malaysia


JJM nk p bercuti semasa cuti nak bawak anak-anak sekolah nnti.
Bajet ciput ada cadangan tak mana2 tempat2 yang menarik tapi bajet ala2 je.
Biasalah anak ramai. Klu ada yg nak sponsor JJM pun amat dialu-alukan. Hotel2, chalet2 ke, resort ke amat2 dialukan. Leh JJM buatkan entry untuk dorang jugak free jer.

Anuar Anak Pak Zain


prop prep JJM :

Anuar Zain apa nak cakap ek...terkelu terkedu tersentap jantung pabila melihat wajahnyer. Hemsem giler. Dulu JJM ingat akan menjadi suri dlm atinyer. Hahahaha...citer lama. Biokan ianya berlalu pergi. Tup2 kuar gosip pasal ni haru betui. Tapi cinta tak kenal usia tak kenal rupa kurus ke gemuk ke....so apa2 je lah..

Cinta Punca Pengurus dan Anuar Zain Berpisah?

Cinta Punca Pengurus dan Anuar Zain Berpisah?
KL, 24 OKT 2011: Pelbagai spekulasi Murai Batu dengar mengenai perpisahan penyanyi kacak, Anuar Zain bersama pengurusnya Rohila Tahir. Ada yang kata sebab Rohila Tahir seorang yang suka mengongkong, ada pula dalam surat khabar semalam yang mengatakan Rohila membomohkan Anuar Zain, itulah, inilah...

Susah untuk Murai Batu nak percaya semua perkara yang dikatakan kerana mengenali Rohila Tahir, dia seorang yang senang nak berkerjasama meskipun ramai yang cakap dia kekwat kalau nak berurusan dengan Anuar Zain. Ada yang kata Rohila diberhentikan kerana mereka bergaduh besar, ada pula yang kata dia sendiri letak jawatan.

Tapi maklumat yang teman Murai Batu sampaikan kepada Murai Batu pula berlainan. Sememangnya Anuar dan Rohila tidak lagi berjalan seiringan ini dah lama. Cuma Anuar mengambil masa yang lama untuk mengambil pengurus baru disebabkan beberapa perkara. Mungkin, setelah 10 tahun barulah Anuar Zain merasakan inilah waktu yang sesuai untuk direalisasikan.

Sebab utama membuatkan Anuar dan Rohila tidak lagi bersama khabarnya kerana melalui urusan kerja antara mereka telah pun bertukar kepada cinta. Rohila dikatakan telah pun terjatuh cinta dengan artis yang diuruskannya. Anuar nyata terkejut dan tak dapat menerima perkara tersebut. Selain itu, beberapa perkara lain timbul yang membuatkan Anuar lelah dengannya.

Perkara tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu. Dek kerana itu, teman Murai Batu memberitahu Anuar memang mencari masa yang sesuai untuk tidak lagi dengannya. Lantas, perpisahan antara mereka ini bukanlah satu cerita yang memeranjatkan. Pihak terdekat dengan Anuar sudah pun sedia maklum mengenainya.

Mendengar cerita tersebut membuatkan Murai Batu berfikir dua kali kesahihannya. Siapalah tak akan terjatuh cinta dengan Anuarkan?. Mungkin ada benarnya kalau dah setiap hari berjumpa mestilah perasaan cinta itu akan berputik.

Apa pun yang berlaku, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Harapan Murai Batu semoga Anuar dan bekas pengurusnya akan menjalani kehidupan yang lebih ceria selepas ini.

Zizan Sihidung Tinggi


prop prep JJM:

JJM suka dgn Zizan sihidung tinggi tu. Lawak dia selamber je tak over dan tak kurang. Bestlah.
JJM harap sgt2 Zizan tak mcm kebykan artis mudah lupa diri dan sombong, bongkak, takbur dan bla bla bla..JJM harap Zizan jgn minum arak, dadah dan jgn suka berpoya2. Tabiat artis sekrg yg bru meningkat naik tu lah kerja dorg mudah sgt lupa pada agama. Orait Zizan terbaik dari JJM. Semoga suksess.

8 Foto Gila-Gila Zizan, Jejaka Kacak Katanyaaa.




Tak lokek berposing, Zizan tanpa segan silu mengeluarkan semua skil bergambar yang dia pernah belajar selama ini. Ketawa wartawan OHBULAN! melihat gelagat Zizan yang tak henti-henti mencuit hati.
Mungkin masih ramai diluar sana belum tahu, Zizan sebenarnya mempunyai aura pemikat yang sangat kuat. Jangan salah anggap pula, kebanyakan wanita yang OHBULAN! temui semuanya berkata begitu mengenai Zizan. Anda pula, setuju ke?

Norman Hakim & Memey

prop prep JJM:

Memg ni kes lama sajer JJM nak ingatkan dan terkenangkan. Tak ambk tahu sgt kes dorg ni malas.Sbb JJM suka sangat kat ABBY rasa ABBY teraniaya. Tertipu sian kat anak2 dier.
Tpi lately minat plk bila tgk si Memey  berlakon. Mcm best jer. Dulu tergedik-gedik mengada-ngada over terlbh sudah. Semenjak 2 menjak ni banyak lakonan dier di kaca tv menarik jugak lakonannya. Akhirnya dorg dah kawin JJM ucapkan tahniah. Si Norman ko jgn lagi jadi playboy simata keranjang. Bini dah cantik kan nak cari yg lain kut...jaga-jaga...

Norman Hakim & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat.




Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.
Mereka berdua kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Artis India Di M'sia



Ramai artis India berbakat

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BAKAT JADI TUMPUAN...dari kiri,  Bkay, Kenchana dan Nicole
BAKAT JADI TUMPUAN...dari kiri, Bkay, Kenchana dan Nicole 
BUKAN mudah untuk bertahan dalam dunia seni terutama dalam pasaran drama mahupun filem Melayu jika seseorang itu berbangsa asing.
Tahap disiplin yang tinggi selain kebolehan menguasai bahasa Melayu dengan baik menjadi kelebihan buat artis untuk bertahan. Perkara itu diakui pelakon popular berbangsa India, Kenchana Dewi.

prop prep JJM:

Tabik spring JJM bagi kat Kenchana.
Bcoz JJM leh ingat nama dier dan dalam byk2 artis india dia ynag JJM suka sweet sgt.
Kekalkan prestasi anda ya.
   

SepahTu The Best


Populariti di sebalik kontroversi Sepah


PARA pelakon dan tenaga kerja Sepah The Movie sewaktu pelancaran filem itu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



KUMPULAN lawak trio, Sepah mencipta banyak populariti tersendiri dalam dunia hiburan tanah air. Mereka misalnya, muncul juara pertandingan Raja Lawak musim ketiga dua tahun lalu dan juara Maharaja Lawak pada 24 Mei lalu.

prop prep JJM:

JJM pun  tak tahulah mcmana nak cakap mmg JJM suka bangat dengan kumpulan SEPAH dari dulu lagi. Tapi mmg ada rasa lain sikit masa dorg ber3 menang aritu. Macam si Mamat tu tak ngam je dgn dorg Mamat buat lawak pun mcm tak der mood dan feel. Mungkin asyik ingat kat FIDA kut. Tengah angau bercintun le katakan. Apa2 pun JJM rasa wajar budak 2 ekor tu ambik keputusan. Go Go SepahTU...leh JJM join tak SEPAHTREE...:)

Yasmin & Sha'arin

Tahniah JJM ucapkan kepada 2 merpati sejoli ni semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu amin.
Jangan jadi pada sesetengah artis tu kahwin grand giler berabih duit berpuluh ribu ada setengah tu berjuta tak sampai 3 4 bulan tup2 heboh pulak dah bercerai berai. Masyaallah. Jaga suami baik2 no Yasmin jaga adap sebagai seorg istri tu. JJM

Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin


JARAK usia 15 tahun antara Sha'arin dan Yasmin Hani tidak menghalang cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan.


PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.
Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.
Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.
"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.
"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.
Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.
Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.
"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.
"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.
Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.
Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.
Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.
"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.
"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.
"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.
Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.

JJM Paling Suka

Ni yang dinanti2kan oleh semua ibubapa yang kurang berkemampuan.
Terima kasih kepada kerajaan UMNO tabik springgggg..

Kaedah edar bantuan RM100 murid diperinci


Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada jurufoto media sebaik keluar dari Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. - utusan/Abdul Nazir Mohamed



KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.
Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.
"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas mengenai penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kadar yuran yang ditetapkan hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG, kementerian akan memastikan kadar yang ditetapkan tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.
Katanya, satu surat siaran bagi memperjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah berhubung perkara itu selaras dengan pemansuhan yuran sekolah seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 sebelum ini.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berhubung bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata,pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada sekolah-sekolah berkenaan yang masih belum berdaftar dengan kementerian agar mereka berbuat demikian.
Ini katanya, bagi memudahkan bantuan pendidikan disalurkan kepada mereka secara berterusan kerana sekiranya mereka tidak berdaftar, pihak kementerian hanya boleh menyediakan peruntukan untuk diberikan secara ad-hoc kepada sekolah-sekolah terbabit.
Muhyiddin berkata, kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian terhadap aspek pembangunan fizikal berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada kajian audit fizikal yang dijalankan sebelum ini.
Beliau berkata, ia memastikan semua sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera dapat diselenggara supaya persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif dapat diwujudkan.

News From Utusan


Pelikkan camner Bank pun boleh kena tipu...macam2..

Bank ditipu RM37 juta

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat sebarang pembayaran balik.
Kata sumber itu, pihak bank yang menjalankan siasatan dalaman gagal mengesan syarikat berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis setelah diminta berbuat demikian.
"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.
Beliau juga enggan mendedahkan identiti syarikat yang membuat pinjaman itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan selain tidak menjejaskan proses pertuduhan di mahkamah kelak.
Ini kes kedua melibatkan institusi kewangan menjadi mangsa penipuan pinjaman berjumlah tinggi.
Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menurut sumber itu lagi, berikutan penipuan terbesar itu, polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk meneliti semua dokumen berkaitan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.
"Berikutan penipuan itu juga, bank berkenaan telah mencatatkan kerugian teruk dan terpaksa melakukan perubahan ke atas pengurusannya," kata sumber itu.
Bank berkenaan kemudiannya telah mencatat keuntungan semula.

Alkisah JJM IbuCute

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua

Pada 24.10.2011
Masa 12.33 time lunch kebiasaan IbuCute kuar g beli makanan.
IbuCute dah buat lagi satu blog sensasi untuk tatapan umum. Kebiasaan IbuCute selalu update blog kat blog family iaitu http://kelabsaharanfamilys.blogspot.com. Tapi la ni mcm tak best lak buat entry mcm2 kat blog tu. Sebenarnya blog tu hanya untuk keluarga dan kenalan sahaja tapi la ni dah terover bukan apa IbuCute buat entry mcm2 agar tak boring pembaca membaca tu je niat ati. So la ni terhasil lah blog ni " Jari Jemari Montok IbuCute" sokong jangan tak sokong ok. Macam-macam ada tataplah ia setiap hari orait..

JJM IbuCute

Like JJM