Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 25 Oktober 2011

JJM Paling Suka

Ni yang dinanti2kan oleh semua ibubapa yang kurang berkemampuan.
Terima kasih kepada kerajaan UMNO tabik springgggg..

Kaedah edar bantuan RM100 murid diperinci


Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada jurufoto media sebaik keluar dari Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. - utusan/Abdul Nazir Mohamed



KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.
Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.
"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas mengenai penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kadar yuran yang ditetapkan hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG, kementerian akan memastikan kadar yang ditetapkan tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.
Katanya, satu surat siaran bagi memperjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah berhubung perkara itu selaras dengan pemansuhan yuran sekolah seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 sebelum ini.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berhubung bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata,pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada sekolah-sekolah berkenaan yang masih belum berdaftar dengan kementerian agar mereka berbuat demikian.
Ini katanya, bagi memudahkan bantuan pendidikan disalurkan kepada mereka secara berterusan kerana sekiranya mereka tidak berdaftar, pihak kementerian hanya boleh menyediakan peruntukan untuk diberikan secara ad-hoc kepada sekolah-sekolah terbabit.
Muhyiddin berkata, kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian terhadap aspek pembangunan fizikal berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada kajian audit fizikal yang dijalankan sebelum ini.
Beliau berkata, ia memastikan semua sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera dapat diselenggara supaya persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif dapat diwujudkan.

Tiada ulasan:

Like JJM