Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 25 Oktober 2011

Norman Hakim & Memey

prop prep JJM:

Memg ni kes lama sajer JJM nak ingatkan dan terkenangkan. Tak ambk tahu sgt kes dorg ni malas.Sbb JJM suka sangat kat ABBY rasa ABBY teraniaya. Tertipu sian kat anak2 dier.
Tpi lately minat plk bila tgk si Memey  berlakon. Mcm best jer. Dulu tergedik-gedik mengada-ngada over terlbh sudah. Semenjak 2 menjak ni banyak lakonan dier di kaca tv menarik jugak lakonannya. Akhirnya dorg dah kawin JJM ucapkan tahniah. Si Norman ko jgn lagi jadi playboy simata keranjang. Bini dah cantik kan nak cari yg lain kut...jaga-jaga...

Norman Hakim & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat.




Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.
Mereka berdua kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan:

Like JJM