Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Selasa, 25 Oktober 2011

Anuar Anak Pak Zain


prop prep JJM :

Anuar Zain apa nak cakap ek...terkelu terkedu tersentap jantung pabila melihat wajahnyer. Hemsem giler. Dulu JJM ingat akan menjadi suri dlm atinyer. Hahahaha...citer lama. Biokan ianya berlalu pergi. Tup2 kuar gosip pasal ni haru betui. Tapi cinta tak kenal usia tak kenal rupa kurus ke gemuk ke....so apa2 je lah..

Cinta Punca Pengurus dan Anuar Zain Berpisah?

Cinta Punca Pengurus dan Anuar Zain Berpisah?
KL, 24 OKT 2011: Pelbagai spekulasi Murai Batu dengar mengenai perpisahan penyanyi kacak, Anuar Zain bersama pengurusnya Rohila Tahir. Ada yang kata sebab Rohila Tahir seorang yang suka mengongkong, ada pula dalam surat khabar semalam yang mengatakan Rohila membomohkan Anuar Zain, itulah, inilah...

Susah untuk Murai Batu nak percaya semua perkara yang dikatakan kerana mengenali Rohila Tahir, dia seorang yang senang nak berkerjasama meskipun ramai yang cakap dia kekwat kalau nak berurusan dengan Anuar Zain. Ada yang kata Rohila diberhentikan kerana mereka bergaduh besar, ada pula yang kata dia sendiri letak jawatan.

Tapi maklumat yang teman Murai Batu sampaikan kepada Murai Batu pula berlainan. Sememangnya Anuar dan Rohila tidak lagi berjalan seiringan ini dah lama. Cuma Anuar mengambil masa yang lama untuk mengambil pengurus baru disebabkan beberapa perkara. Mungkin, setelah 10 tahun barulah Anuar Zain merasakan inilah waktu yang sesuai untuk direalisasikan.

Sebab utama membuatkan Anuar dan Rohila tidak lagi bersama khabarnya kerana melalui urusan kerja antara mereka telah pun bertukar kepada cinta. Rohila dikatakan telah pun terjatuh cinta dengan artis yang diuruskannya. Anuar nyata terkejut dan tak dapat menerima perkara tersebut. Selain itu, beberapa perkara lain timbul yang membuatkan Anuar lelah dengannya.

Perkara tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu. Dek kerana itu, teman Murai Batu memberitahu Anuar memang mencari masa yang sesuai untuk tidak lagi dengannya. Lantas, perpisahan antara mereka ini bukanlah satu cerita yang memeranjatkan. Pihak terdekat dengan Anuar sudah pun sedia maklum mengenainya.

Mendengar cerita tersebut membuatkan Murai Batu berfikir dua kali kesahihannya. Siapalah tak akan terjatuh cinta dengan Anuarkan?. Mungkin ada benarnya kalau dah setiap hari berjumpa mestilah perasaan cinta itu akan berputik.

Apa pun yang berlaku, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Harapan Murai Batu semoga Anuar dan bekas pengurusnya akan menjalani kehidupan yang lebih ceria selepas ini.

Tiada ulasan:

Like JJM