Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Khamis, 3 November 2011

Justin Bieber

Prop Prep JJM:

Penyanyi pujaan anak2 remaja masa kini termasuk nak dara JJM.
Apa nak jadi jika betui sperti dakwaan nasib malang bgi Justin...


Justin Bieber Ada Anak Luar Nikah?



Bintang pop yang baru berusia 17 tahun ini gempar dengan kontroversi terbaru lagi.
Kali ini, seorang wanita berusia 20 tahun dari California telah memfailkan saman terhadap Justin Bieber yang juga kekasih kepada Selena Gomez. Dalam laporan saman tersebut, wanita berkenaan berkata bahawa Justin adalah ayah kepada anaknya yang baru berusia 3 bulan.
Menurut dakwaan wanita itu, dia mengaku berasmara bersama Justin Bieber sekitar tahun lepas di belakang pentas konsertnya di Los Angeles. Atas sebab itu, dia meminta kepada mahkamah supaya Justin Bieber membayar nafkah untuk dia menanggung keperluan anaknya.
Namun begitu, Justin Bieber yang juga sedikit terkejut dengan perkara ini tidak mudah melatah dan masih mampu menghantar tweet yang berbunyi, “Semua rumor, semua gosip, saya tetap akan fokus dan positif kepada muzik.”
Kes ini dijadualkan akan disebut pada 15 Disember ini.

Mak Buat Surprise

Prop Prep JJM:

Nak thu mak kesaygan JJM smpi ptg tdi. Kitaorg tak thu pun mak nk dtg beraya kat Putjaya. Anak2 pada mulanya semua buat muka, muka tak sonok muka frust tak dpt berya dn x dpt blk beraya di kg. Opah dorg pun beraya sorg2 kat kg. Mak srh blk tpi dia thu menantu dia terpksa bertugas dek krn raya aidilfitri thn ni menantu dia dah balik. So raya korban kenalah berkorban plk tak blk beraya. Bg peluang plk kwn2 dia blk beraya.JJM pun terpksalh terima. Ya lah istri kena menyokong suami kan.
Kat Putjaya jika raya korban mcm tak beraya. X der org tau bdk2 dtg beraya pun kerumah. Sunyi je. Seperti biasa JJM msk utk beraya JJM pun buat ala kadar je. Kuah kacang, nasi impit, rendang ayam tau klu rajin lontong. Klu kat kg wajib ada lemang, tpi kat Putrjya mana leh bakar lemang nnti kena samn.
Thn ni dgr citer kt tmpt JJM 6 ekor lembu dn sekor kmbg kan dikorbnkan.Alhamdulilah...penuh peti sejuk JJM dgn dgg lembu dn kmbg. Save bajet....

La terleps plk psl surprise mak JJM. Smpi lupa nak citer....pada suatu hari ada seorg mak.......sajer je
Mak JJM ni srh dtg umah JJM susah sgt tup2 arini dia dtg sendiri kerumh JJM dgn menumpg adik dier mak sedara JJM CuNun.... mmg surprise giler...anak2 JJM semua menjerit2 bila nmpk wajah opah dorg kat depan pintu rumah. My hubby pun tergamam terkejut kegembiraan....tulah suprisenyer...mak buat surprise...

Meja Berkarya JJM

Prop Prep JJM:


 Nilah komputer kat opis JJM. Nilah jugak tmpt JJM mengedit blog jarijemari.blogspot.com.
Dah berusia hmpr 8 thn. Org lain semua dh dpt komputer baru hnya JJM je tertinggal siankan...tapi nak wat camer dh nasib JJM. Bersyukur jelah dgn pa yg ada ni.
Komputer ni byk jasa pada JJM.
Walaupun perjlnan tenaganya dh agak kurg tapi mash ada sedkt tenaga lagi.Komputer oh komputer...
bila nak dpt yg baru ni...


Cici *2*

Prop Prep JJM:

pic terbaru dari cici



JJM nak citer sikit ni si cici yg cute miut ni sepatutnya semlm 
02/11/11 g ke Summit USJ untuk sesi final Miss Kebaya Selangor.
Tetapi mcm2 hal terjadi kat dier dgn ujan turun dgn lebat bersusah payah naik turun bas 2 kali tup2 bila sampai jam dah 8.30mlm  semi final dah pun bermula. 
Apa lagi frust giler dier krn tak dapt join sekali.
Nasihat JJM yg juga cute yg tak bper nak cute ni bukan rezeki cici lagi ni
myby Allah nk bgi cici hadiah yg lebh beso dri ni myby next time cici jadi juara plk.
Jgn sedih hati ceria selalu tau cyg awak..
Terbaik dari  JJM.

Promosi Secret Recepi

Prop Prep JJM:

Family JJM amat suka makan kek secret recepi. Besday anak2 JJM semua beli kek secret recepi. Sedap sangat dorg kata. JJM pun suka tiada tolak bandingnya. So apa kata kita semua p minum pulak kat secret recepi ada promosi sdg dijalankan jom... macam-macam ada promosi klu nak tahu lebih lanjut sila klik kat sini secret recepi terbaik dari JJM terbaik tui tak.

JJM sayang korg..

Promotions































Secret Recipe Contest *1*

Prop Prep JJM:

Jom join contest Secret Resepi due datenyer
hnya hantr sms je leh menang senang kan
dolu2 nile pujaan hati masa JJM remaja muda belia siap leh hapal lirik lagi class gitu.
so apa tunggu lagi sms cepat...
 Alan Tam 10/11/11
Jacky Cheung 30/11/11
klu nak tahu lebih lanjut lagi g je kat link ni


CONTEST


Raya Korban **Aidiladha**

Prop Prep JJM:



Lagi 3 ari je kita umat islam akan menyambut raya korban. JJM tak dpt blk ke kg bcoz hubby bertugas utk negara. Sian tgk muka anak2 nak blk kg beraya dgn opah dorg. Opah dorg pun sian jgk beraya sorg2 kt kg. Nk buat camner paksa relalah. 


Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Ia juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
 


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya

Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Like JJM