Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Jumaat, 11 November 2011

Bekas Suami Masih Sayang Nabila 200%, Bersedia Terima Nabila Kembali!

Prop Prep JJM:




rasaan kami di OHBULAN ini, memang bercampur baur (kagum,terharu, speechless,lemah semangat,sebak,pening-pening lalat  & sebagainya) sebaik membaca kenyataan bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani yang masih cinta mati pada Nabila, meskipun ‘mantan’isterinya itu kini dihimpit teruk dengan kontroversi lewat beberapa keping foto ‘panas’ yang hangat diperkatakan pada masa ini.
Memetik kenyataan Zaidy,30, yang tersiar di Harian Metro hari ini, kasih dan sayangnya terhadap Nabila tidak pernah berubah walaupun Nabila bukan lagi bergelar isterinya.
“Saya masih sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah, saya bersedia menerimanya semula dengan hati terbuka,”ujar Zaidy ketika ditanya tentang foto bekas isterinya bercium dan bersosial di sebuah pulau peranginan yang disiarkan di sebuah rancangan hiburan dan sedang hangat tersebar di Internet.
Akui Zaidy lagi, dia agak terkejut sebaik mendapat tahu tentang penyebaran foto tersebut dan kurang senang dengan perlakuan liar Nabila.
Zaidy dan Nabila, 27, yang juga merupakan anak kepada lagenda Rock tanahair, Amy Seacrh mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2008 sebelum sah bercerai pada pertengahan Oktober lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Kheisya Laila yang berusia setahun lebih.
Kurang sebulan selepas tarikh penceraian mereka, Nabila menggemparkan dunia hiburan apabila beberapa keping gambarnya bercumbu dengan seorang lelaki, dipercayai juruselam serta foto dirinya hanya memakai bikini tersebar secara meluas di Internet. Akibat daripada itu, dia dikecam teruk ramai pihak.
Zaidy adalah orang kedua yang tampil memberi komen berhubung insiden foto panas ini selepas Amy Seacrh membuat kenyataan bahawa dirinya tidak tahu menahu akan penyebaran foto tersebut. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini, Nabila belum juga tampil memberi sebarang penjelasan. Busy shooting kot?

Tiada ulasan:

Like JJM