Prop Prep JJM:

UNITED KINGDOM, 10 NOVEMBER 2011: Iklan yang memaparkan figura pelakon antarabangsa, Dakota Fanning, 17 bersama haruman terbaru Marc Jacobs, Oh Lola! telah diharamkan di seluruh United Kingdom kerana didakwa bersifat seksual provokatif.
Akhbar The Guardian melaporkan, meskipun iklan haruman berkenaan telah dikeluarkan di kebanyakan media cetak sejak Jun lalu, namun penguatkuasa pengiklanan United Kingdom's Advertising Standards Authority (ASA) mengesahkan bahawa foto berkenaan membawa nilai seksual provokatif, tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kesan kurang baik.
Dalam foto iklan berkenaan, Fanning telah menyarungkan gaun polka dot segar sambil mengenggam botol haruman berkenaan yang berbentuk bunga di celah kelengkangnya dengan mood yang cukup menggairahkan.
Alasan penguatkuasa ASA sangat relevan kerana beranggapan iklan berkenaan boleh membawa kesan seksual kepada kanak-kanak di bawah umur.
ASA juga mempersoalkan wajah Fanning yang kelihatan lebih muda daripada usianya dalam iklan berkenaan yang boleh membawa pengaruh buruk kepada remaja belasan tahun.
ASA turut mengambil kira soal pakaian Fanning yang singkat dan posisi cara pemegangan botol haruman berkenaan di celah kakinya yang berpendapat telah menarik perhatian dari sudut seksualiti.
Iklan Haruman Dakota Fanning Diharamkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan