JJM





Gambar hantu














JJM tak tau samada gambar yang disiarkan di dalam blog ini sahih ataupun tidak, menipu atau benar cuma apa yang perlu kita tau adalah alam ghaib itu wujud dan ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali orang-orang tertentu. Kalau ada yang bertanya hantu itu wujud ker? Jawapan yang pasti adalah hantu/syaitan/jin/makhluk halus memang wujud. Cuma kita sebagai manusia biasa tidak dapat melihatnya.
Bayangkan kalau Allah menampakkan kita dengan makhlus-makhluk ini apa jadi pada dunia ni? Tak keluar rumah la jawabnya. Apa-apa pun makhluk ini tak akan buat pape pun pada kita kerana kita lebih mulia daripada mereka.Mereka takut dengan manusia. Jadi ada yang kena kacau tu macam mana? kebiasaannya ada yang diganggu kerana berpunca dari silap kita sendiri juga. Kadang-kadang tempat yang dihuni benda ni kita pi kacau. Kadang-kadang kita lalai atau pun terlalu galok lajok itu yang gangguan datang menganggu. Berpunca dari silap kita!
Macam mana plak dengan gambar ada hantu yang dirakam bersama? Untuk makluman semua seperti yang YB sedia maklum tadi bahawa jin/syaitan/hantu ni ada di mana-mana tak kira siang mahupun malam. Cuma kita tidak nampak saje.
Buktinya YB ada seorang cousin yang ada kelebihan melihat makhluk halus ni. Senang cite dia bomoh la dan merupakan seorang pelajar tingkatan 5 (kalau tak percaya terpulang). Apa yang diberitahu disekolahnya makhlus ni ada di mana-mana, ada duk di tangga, ditandas, di bilik-bilik kosong dan sebagainya. Memang dia nampak benda ni. Itu yang di sekolah selalu dikatakan tempat yang selalu berlakunya gangguan histeria.Beritahunya lagi paling banyak berkeliaran pada waktu maghrib.
Dah stop! banyak lagi cerita yang YB korek daripada dia cukuplah setakat tu sekadar memberitahu kebenaran. Bagitau banyak-banyak nanti ada yang cakap tipu la apa la haha terpulang. Tentang gambar di atas JJM tak tau betul atau tidak. Mungkin ada yang betul mungkin ada yang edit tipu.
Sumber gambar- Facebook Gambar hantu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan