Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Sabtu, 5 November 2011

Ning Baizura Jual Kereta

Prop Prep JJM:
berita | Tempatan

Ning Baizura Jual Kereta Demi Konsert

Ning Baizura Jual Kereta Demi Konsert

KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2011: Demi memastikan impiannya untuk menganjurkan konsert Ning@ KL Live tercapai, penyanyi popular Ning Baizura Hamzah, 36 sanggup menjual dua biji keretanya bagi menampung kos perbelanjaan konsertnya itu.
Jelas Ning kepada portal murai.com.my, semuanya dilakukan bagi memastikan janjinya untuk menganjurkan sebuah konsert bertaraf antarabangsa dapat direalisasikan walaupun tanpa sokongan kewangan daripada penaja besar.
"Inilah pengorbanan yang saya lakukan. Sedikitpun tak rasa terkilan kerana apa yang saya lakukan ini adalah sebagai pelaburan untuk kejayaan konsert ni juga. Terutama sekali buat syarikat saya HappeNings (M) Sdn Bhd sebagai penganjur rasmi.
"Apatah lagi saya telah memberikan sepenuh jiwa dan raga saya untuk konsert ini dan saya yakin pengorbanan itu nanti akan memberi balasan yang baik untuk saya di kemudian hari," katanya yang kelihatan semakin langsing dan berseri.
Wajah terbarunya ini dirakamkan ketika majlis pelancaran dan sidang media Konsert Ning@ KL Live di Hotel Seri Pacific, di sini petang semalam.
Ning bakal tampil dalam sebuah konsert selama dua jam setengah dan lebih 20 buah lagu popularnya bersama iringan muzik pemuzik handalan pilihannya di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada tanggal 2 Disember ini.
Enggan berkongsi angka sebenar kos penganjuran konsert solo keduanya itu,tambah Ning, syarikatnya telah mengeluarkan belanja ratusan ribu ringgit dan menjadi pelabur keseluruhan konsert berkenaan itu nanti.
"Inilah buah tangan saya selepas membuat sedikit sebanyak penyelidikan ketika menghadiri konsert Celine Dion Amerika Syarikat dan juga beberapa persembahan hiburan bertaraf antarabangsa di luar negara.
"Mungkin tak sehebat mereka kerana kos perbelanjaan mereka yang jauh lebih mahal, tapi ada beberapa perkara yang telah saya pelajari untuk diterapkan dalam konsert saya ini. Itulah yang membuatkan saya sangat teruja," katanya.
Menggunakan khidmat Aylwin Santiago sebagai pengarah produksi dan pengarah muzik, konsert itu juga akan digahkan dengan rekaan pentas daripada lima elemen mempesona , hasil kreativiti pereka pentas berpengalaman luas, Raja Malik.
Lima elemen berteraskan bunga-bungaan itu dimulakan dengan kehadiran bunga teratai, bunga matahari, bunga jasmine, bunga ros dan diakhiri orkid sememangnya mempunyai simboliknya tersendiri di sebalik pembabitannya lebih 18 tahun sebagai penghibur terkemuka.
"Warna merah jambu yang ada pada bunga teratai menceritakan pembabitan awal saya sebagai anak seni, diikuti kuning dari bunga matahari yang banyak dapat dilihat dalam penerbitan album kedua saya dan juga seterusnya.
"Warna perak dari rona bunga jasmin ada kaitan dengan latar belakang saya yang berdarah India. Manakala panahan merah membara yang digambarkan menerusi bunga ros menceritakan lagu-lagu cinta dan dirinya saya yang dimiliki ketika itu," katanya.
Jelas Ning lagi, pentas konsertnya itu nanti akan disemarakkan dengan permainan lampu dan kesan khas dari warna emas yang mewakili bunga anggerik atau orkid sebagai menyahut kegemilangan kerjayanya sebagai anak seni sehingga kini.
Pentas konsert itu nanti, turut dilengkapi dengan konsep putasan yang membolehkan Ning bergerak dan berinteraksi dengan penonton selain di meriahkan dengan kehadiran 3 skrin LED dan tirai projection serba canggih.
Keseluruhan kawasan pentas juga akan dilengkapi dengan kipas khas yang akan meniup tubuh Ning yang disaluti persalinan indah gemalai rekaan tiga pereka tersohor tempatan iaitu Michael Ong, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini.
Tiket bagi menyaksikan Ning@KL Live boleh didapati pada harga serendah RM150 sehingga RM300 yang boleh didapati di Rock Corner dan butik fesyen Ed Hardy atau hubungi 012-2897406 dan email ke www.ning-baizura.com.









Tiada ulasan:

Like JJM