Iklan Hebat

Kelopak Bunga

Bling-Bling

Iklan 3

Welcome Ke Blog JJM

Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM

Sabtu, 5 November 2011

Zahid AF

Prop Prep JJM:

gosip | Gosip kita

Zahid Nafi Sertai Parti PAS!

Zahid Nafi Sertai Parti PAS!

KL, 12 OKT 2011:

Memang benar kata orang, dengar hanya satu gambar saja, ia sudah memberikan 1001 makna, Adakala gambar yang indah boleh disalah tafsirkan dengan imej sebesar zarah yang tidak ada dalam gambar itu tanpa disengaja.
Dalam bab ini, golongan selebriti sering saja menjadi mangsa. Padahal selebriti itu tidak pun bersalah dan tidak sengaja boleh ada dalam gambar berkenaan.
Contoh terdekat apa yang Murai Batu nak sampaikan ini terkena kepada bekas kekasih Nita Malaysian Idol iaitu Zahid. Baru-baru ini, di sebuah blog panas, gambar Zahid bersama ahli-ahli parti PAS sudah merebak luas. Disebabkan gambar itu, Zahid yang kini ada produksi sendiri dituduh menyertai parti pembangkang itu.
Kesan dari gambar itu, Zahid sering saja ditalu dengan soalan benarkah dia menyertai pasti PAS? Sama ada benar atau tidak Zahid menyertai parti itu, ia adalah hak Zahid. Yelah, setiap kali pilihan raya, pilihan membuang undi terletak pada individu itu sendiri. Tidak boleh ada pengaruh sesiapa.
Sungguhpun ia hak Zahid sama ada mahu mengakui atau pun tidak, Murai Batu akhirnya telah menemui jawapan disebalik gambar itu. Murai Batu difahamkan Zahid sebenarnya tidak pernah menyertai parti berkenaan dan gambar itu dirakam sekadar kebetulan saja.
Menurut sumber yang terdekat dengan Zahid, waktu gambar tersebut dirakam, dia ada terlibat dengan sebuah penggambaran di Kelantan. Dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran, Zahid terserempak dengan ahli-ahli PAS dan mereka semua meminta untuk bergambar bersama Zahid.
Sebagai selebriti yang sudah terbiasa dengan permintaan itu, Zahid pun menunaikannya. Apatah lagi, Zahid adalah seorang juara Akademi Fantasia yang ramah dan suka membuat lawak.
Hah..rasanya sudah terjawablah tuduhan di sebalik gambar itu. Apa kes pun, sebagai rakyat Malaysia, Murai Batu menasihatkan agar sesiapa yang dah cukup umur dan belum lagi mendaftar cepatlah mendaftar. Pilihan itu adalah rahsia anda!

Tiada ulasan:

Like JJM