Blog ni hanya untuk suka-suka. Menulis ikut sedap ati dan perasaan. Mencopy mana-mana artikel yang best dan panas buat santapan sesiapa sahaja. Bagi isu-isu panas diharapkan anda bersiap sedia.So pada sesiapa yang suka dialu-alukan dan pada sesiapa yang tidak berapa suka harap cari blog lain dgn serta merta. Yang baik datang dariNYa dan yg buruk datang dari saya sendiri "IbuCute Yang Tak Berapa Nak Cute"
Iklan 3
Welcome Ke Blog JJM
Apa yang penting ANDA semua suka dengan blog JJM. Silalah bagi sokongan yang padu dan jadilah followers JJM jika ada masa silalah bagi komen agar dapat JJM membuat blog yang terbaik untuk ANDA semua. Jangan lupa singgah lagi ke blog ini ya...Terima kasih. Terbaik dari JJM
Khamis, 27 Oktober 2011
Rozita Che Wan
JJM
Wah cantik siut mak dara ni. Macam anak dara lagi. Memang bergegar jantung jantan2 diluar sana. Memang cantik dan seksi.Anugerah dari Allah. Tapi sebenarnya dia sepatutnya lebih menjaga ketrampilan cara pemakaian agar tidak memberi kita semua berdosa dek krn dia. Byk dosa yg dia tanggung dek kerana kita semua kesian dier. Apa2 pun JJM amat suka RCW dah tua tapi nmpk muda. Agak2 JJM leh tak jadi mcm dier RCW...

Nabila Huda Sah Bercerai
prop prep JJM :
JJM rasa sakit dada bila tahu anak Amy sudah bercerai.JJM rasa dorg orait je. Tapi masa JJM tengok pic dorg kawin aritu mcm takk sesuai je. Nabila cantik dan husbandnya.....oppp kejadian Allah kan tak leh nak ckp lbh. Tapi mcm dah tahu je pasti dorg akan bercerai. Ramai kwn2 sepejabat berfikiran mcm tu. Ramainya artis bercerai berai. Nabila dah ada anak sorg plk tu. Tak per tok dia jutawan. Tak tahu le artis kita ni byk yg bercerai JJM rasa trend kut. Rasa tak sesuai rasa ada masalah sikit ambik keputusan cerai.
Apa2 pun JJM rasa Nabila mesti ada alasannya kenapa dia bercerai...so tepuk dada tanya hati.
Perceraian merupakan satu perkara halal yang paling dibenci.Disangkakan bahagia selama ini bersama suami tersayang, rupa-rupanya ada ombak tsunami yang melanda bahtera rumahtangga anak kepada Amie Search yang berusia nak 3 tahun tu, Nabila Huda dengan Zaidy. Memang sesuatu yang agak mengejutkan ramai pihak. Sebab dah 2 tahun mereka mengalami masalah rumahtangga. Alahai, bulan suci ni, nak pula failkan perceraian, kan lepas lebaran jek boleh. Zzz
JJM rasa sakit dada bila tahu anak Amy sudah bercerai.JJM rasa dorg orait je. Tapi masa JJM tengok pic dorg kawin aritu mcm takk sesuai je. Nabila cantik dan husbandnya.....oppp kejadian Allah kan tak leh nak ckp lbh. Tapi mcm dah tahu je pasti dorg akan bercerai. Ramai kwn2 sepejabat berfikiran mcm tu. Ramainya artis bercerai berai. Nabila dah ada anak sorg plk tu. Tak per tok dia jutawan. Tak tahu le artis kita ni byk yg bercerai JJM rasa trend kut. Rasa tak sesuai rasa ada masalah sikit ambik keputusan cerai.
Apa2 pun JJM rasa Nabila mesti ada alasannya kenapa dia bercerai...so tepuk dada tanya hati.
Nabila Huda bercerai pulak dah!
“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.
“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.
Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.
“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati. -Via
Motor Yg Terpanjang
JJM
JJM rasa ni first time JJM tgk moto yg terpnjg di M'sia. JJM copy kat FB. Camner leh bawak tak?..terhoyonh hayang ni klu bwk sorg2. Klu mcm tu leh JJM leh bawak satu family JJM naik moto ni klu u all nak tumpang pun leh jugak. Agak2 kena byr tol tak? lebih muatan. Pikir2 kanlah....Terbaik dari JJM

Rabu, 26 Oktober 2011
Di Lorong Yang Sunyi Lagi Sepi
JJM
http://koleksimisteriseram.blogspot.com/
Banyak cerita2 seram dari blog ni anyways tq.
Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.
Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.
Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.
Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.
Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.
Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.
Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.
Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.
Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.
Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.
Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.
Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.
Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.
Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.
Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.
Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.
Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!
http://koleksimisteriseram.blogspot.com/
Banyak cerita2 seram dari blog ni anyways tq.
Misteri lorong sunyi.
Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.
Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.
Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.
Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.
Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.
Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.
Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.
Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.
Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.
Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.
Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.
Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.
Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.
Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.
Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.
Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.
Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!
Anak Kambing Berwajah Manusia
JJM

Seekor anak kambing berwajah manusia telah dilahirkan di Turki baru-baru ini. Menurut doktor haiwan, ibu kambing mengalami masalah untuk melahirkan anak memaksa doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kambing tersebut.

kepala anak kambing itu memiliki ciri-ciri seperti manusia, dengan hidung, mulut dan mata semuanya menyerupai manusia kecuali telinga je macam kambing.
Makhluk ganjil ini tidak berbulu. Menurut orang kampung, anjing pun takut hendak mendekatinya.
Macam biasa kalau dah keluar anak kambing muka macam manusia, mesti ada orang yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan ibu kambing tersebut. Sebab tu lah orang kampung terus bakar anak kambing ganjil ini tanpa memberi peluang untuk ahli biologi mengkajinya terlebih dahulu.
Babi Berwajah Manusia
JJM
Babi Berwajah Manusia?
Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)
Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.

JJM Interprem
Rumah Impian JJM
![]() |
| Rumah Impian JJM |
Ptg tadi kitaorg g tgk rumah sajer tgk2 yg mana berkenan. Hahahahaha berangan dan cita2 nak beli rumah ni anggaran harga dalam sekitar RM800k. Wow boleh tahan regenyer...kena kumpul duit dulu....
![]() |
| Dapur bagi JJM kecik... |
![]() |
| Anak JJM nk masuk tapi x boleh berkunci |
![]() |
| Depan rumah |
![]() |
| Atas |
![]() |
| Seberang rumah impian JJM |
![]() | ||||
| Cantik tak... |
Sentiasa berdoa semoga impian JJM menjadi kenyataan untuk keselesaan keluarga JJM. Selama ni dorg bersusah kerana JJM. Akan JJM hadiahkan rumah ni utk dorg.
JJM
Cafe Di MOF
Ni cafe kat temapt keje JJM boleh tahan cantiknya. Kebersihan pun orait. Sejuk mata memandang. Kreatif jugak dia punya perhiasan. Harga makanan kadang2 ok kadang agak mahal jugak. Tapi nak buat mcmna x der tmpt lain. Klu ada pun jauh makan masa. Rehat sejam jer..
![]() |
| suasana di cafe |
Ini pulak jual kuih muih, ada wafer, buahan potong, rojak buah dam macam2 ada.
Ni cucur kesukaan JJM 8 biji singgit sebelah tu karipap
JJM tgkp pic ni masa dorg nak close dah rasa2 jam 3 ptg dah clear semua.
Tu model BAC En Kadir x lah sajer je tu dia turun beli makanan lambat byk keje katanyer.
Ha ni dia Makcik Rosnah dan hubby dia tokeh cafe ni. Yang bestnyer dorg ni org Perak macam JJM jugak satu negeri. Terbaik punya.
JJM
Selamat Hari Deepavali
JJM
JJM mengambil kesempatan nak mengucapkan Happy Deepavali kepada semua kaum india. Semalam JJM dengar mercun berdentum dentam ke Dengkil. Sonok dorg biasalah malam raya mcm kita jugak kalu nak sambut Aidilfitri. Baik2 main mercu tu nnti ilang pulak jari. Apa2 selamat makan meruku. JJM suka sgt makan meruku. Jika perlu ke rumah sanak saudara rakan taulan memandulah berhati2 ingat org tersyg.

Jimmy

prop prep JJM :
JJM mmg ikuti kisah suka duka si Jimmy ni. Sian JJM tengok dier. Kes lama tapi JJM nak prop prep jugak lantaklah korg dh tahu ke tak tahu. Nak baca silakan. Tak mo g jauh2. Mcm2 dugaan yg menimpa dier. JJM hnya membaca dari mcm2 artikel kisah idup dier tak tahu kebenaran sebenarnya. Tpi dr yg apa yg JJM baca kesemua kesalahan mmg menghala ke istri Jimmy. So Jimmy bykkn berdoa dan buat sembhyg hajat. JJM doakan terbaik buat JJM. Klu ada info2 terkini ke apa2 ke bgle kat JJM sama leh JJM tulis kat blog JJM ni. Terbaik dari JJM buat insan yg teriniaya.
Selasa, 25 Oktober 2011
Cici Mustaffa
JJM
Cici Mustaffa model yang comel lagi sweet. Cici JJM kenal bcoz dia adik kepada jiran sebelah rumah. Cici sangat cantik ditambah pulak dengan manjanya. Cici anak bongsu dalam family. Berumur 19 tahun. JJM rasa Cici bisa menjadi model yang terkenal setanding dengan model2 yang terkenal di Malaysia. Jika boleh terkenal hingga ke an tarabangsa. JJM akan carikan maklumat lagi tentang kerjaya Cici. Tunggu JJM akan update setiap masa orait...

Cuti-Cuti Malaysia
JJM nk p bercuti semasa cuti nak bawak anak-anak sekolah nnti.
Bajet ciput ada cadangan tak mana2 tempat2 yang menarik tapi bajet ala2 je.
Biasalah anak ramai. Klu ada yg nak sponsor JJM pun amat dialu-alukan. Hotel2, chalet2 ke, resort ke amat2 dialukan. Leh JJM buatkan entry untuk dorang jugak free jer.
Anuar Anak Pak Zain
prop prep JJM :
Anuar Zain apa nak cakap ek...terkelu terkedu tersentap jantung pabila melihat wajahnyer. Hemsem giler. Dulu JJM ingat akan menjadi suri dlm atinyer. Hahahaha...citer lama. Biokan ianya berlalu pergi. Tup2 kuar gosip pasal ni haru betui. Tapi cinta tak kenal usia tak kenal rupa kurus ke gemuk ke....so apa2 je lah..
Cinta Punca Pengurus dan Anuar Zain Berpisah?

Jangan Tak Lihat
Susah untuk Murai Batu nak percaya semua perkara yang dikatakan kerana mengenali Rohila Tahir, dia seorang yang senang nak berkerjasama meskipun ramai yang cakap dia kekwat kalau nak berurusan dengan Anuar Zain. Ada yang kata Rohila diberhentikan kerana mereka bergaduh besar, ada pula yang kata dia sendiri letak jawatan.
Tapi maklumat yang teman Murai Batu sampaikan kepada Murai Batu pula berlainan. Sememangnya Anuar dan Rohila tidak lagi berjalan seiringan ini dah lama. Cuma Anuar mengambil masa yang lama untuk mengambil pengurus baru disebabkan beberapa perkara. Mungkin, setelah 10 tahun barulah Anuar Zain merasakan inilah waktu yang sesuai untuk direalisasikan.
Sebab utama membuatkan Anuar dan Rohila tidak lagi bersama khabarnya kerana melalui urusan kerja antara mereka telah pun bertukar kepada cinta. Rohila dikatakan telah pun terjatuh cinta dengan artis yang diuruskannya. Anuar nyata terkejut dan tak dapat menerima perkara tersebut. Selain itu, beberapa perkara lain timbul yang membuatkan Anuar lelah dengannya.
Perkara tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu. Dek kerana itu, teman Murai Batu memberitahu Anuar memang mencari masa yang sesuai untuk tidak lagi dengannya. Lantas, perpisahan antara mereka ini bukanlah satu cerita yang memeranjatkan. Pihak terdekat dengan Anuar sudah pun sedia maklum mengenainya.
Mendengar cerita tersebut membuatkan Murai Batu berfikir dua kali kesahihannya. Siapalah tak akan terjatuh cinta dengan Anuarkan?. Mungkin ada benarnya kalau dah setiap hari berjumpa mestilah perasaan cinta itu akan berputik.
Apa pun yang berlaku, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Harapan Murai Batu semoga Anuar dan bekas pengurusnya akan menjalani kehidupan yang lebih ceria selepas ini.
Zizan Sihidung Tinggi
prop prep JJM:
JJM suka dgn Zizan sihidung tinggi tu. Lawak dia selamber je tak over dan tak kurang. Bestlah.
JJM harap sgt2 Zizan tak mcm kebykan artis mudah lupa diri dan sombong, bongkak, takbur dan bla bla bla..JJM harap Zizan jgn minum arak, dadah dan jgn suka berpoya2. Tabiat artis sekrg yg bru meningkat naik tu lah kerja dorg mudah sgt lupa pada agama. Orait Zizan terbaik dari JJM. Semoga suksess.
8 Foto Gila-Gila Zizan, Jejaka Kacak Katanyaaa.

Tak lokek berposing, Zizan tanpa segan silu mengeluarkan semua skil bergambar yang dia pernah belajar selama ini. Ketawa wartawan OHBULAN! melihat gelagat Zizan yang tak henti-henti mencuit hati.
Mungkin masih ramai diluar sana belum tahu, Zizan sebenarnya mempunyai aura pemikat yang sangat kuat. Jangan salah anggap pula, kebanyakan wanita yang OHBULAN! temui semuanya berkata begitu mengenai Zizan. Anda pula, setuju ke?
Norman Hakim & Memey
prop prep JJM:
Memg ni kes lama sajer JJM nak ingatkan dan terkenangkan. Tak ambk tahu sgt kes dorg ni malas.Sbb JJM suka sangat kat ABBY rasa ABBY teraniaya. Tertipu sian kat anak2 dier.
Tpi lately minat plk bila tgk si Memey berlakon. Mcm best jer. Dulu tergedik-gedik mengada-ngada over terlbh sudah. Semenjak 2 menjak ni banyak lakonan dier di kaca tv menarik jugak lakonannya. Akhirnya dorg dah kawin JJM ucapkan tahniah. Si Norman ko jgn lagi jadi playboy simata keranjang. Bini dah cantik kan nak cari yg lain kut...jaga-jaga...

Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.
Mereka berdua kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Norman Hakim & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat.

Artis India Di M'sia
BAKAT JADI TUMPUAN...dari kiri, Bkay, Kenchana dan Nicole
Tahap disiplin yang tinggi selain kebolehan menguasai bahasa Melayu dengan baik menjadi kelebihan buat artis untuk bertahan. Perkara itu diakui pelakon popular berbangsa India, Kenchana Dewi.
prop prep JJM:
Tabik spring JJM bagi kat Kenchana.
Bcoz JJM leh ingat nama dier dan dalam byk2 artis india dia ynag JJM suka sweet sgt.
Kekalkan prestasi anda ya.
SepahTu The Best
Populariti di sebalik kontroversi Sepah
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

PARA pelakon dan tenaga kerja Sepah The Movie sewaktu pelancaran filem itu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUMPULAN lawak trio, Sepah mencipta banyak populariti tersendiri dalam dunia hiburan tanah air. Mereka misalnya, muncul juara pertandingan Raja Lawak musim ketiga dua tahun lalu dan juara Maharaja Lawak pada 24 Mei lalu.
prop prep JJM:
JJM pun tak tahulah mcmana nak cakap mmg JJM suka bangat dengan kumpulan SEPAH dari dulu lagi. Tapi mmg ada rasa lain sikit masa dorg ber3 menang aritu. Macam si Mamat tu tak ngam je dgn dorg Mamat buat lawak pun mcm tak der mood dan feel. Mungkin asyik ingat kat FIDA kut. Tengah angau bercintun le katakan. Apa2 pun JJM rasa wajar budak 2 ekor tu ambik keputusan. Go Go SepahTU...leh JJM join tak SEPAHTREE...:)
Yasmin & Sha'arin
Tahniah JJM ucapkan kepada 2 merpati sejoli ni semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu amin.
Jangan jadi pada sesetengah artis tu kahwin grand giler berabih duit berpuluh ribu ada setengah tu berjuta tak sampai 3 4 bulan tup2 heboh pulak dah bercerai berai. Masyaallah. Jaga suami baik2 no Yasmin jaga adap sebagai seorg istri tu. JJM
Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN

JARAK usia 15 tahun antara Sha'arin dan Yasmin Hani tidak menghalang cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan.
PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.
Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.
Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.
"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.
"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.
Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.
Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.
"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.
"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.
Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.
Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.
Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.
"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.
"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.
"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.
Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.
JJM Paling Suka
Ni yang dinanti2kan oleh semua ibubapa yang kurang berkemampuan.
Terima kasih kepada kerajaan UMNO tabik springgggg..
Kaedah edar bantuan RM100 murid diperinci

Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada jurufoto media sebaik keluar dari Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. - utusan/Abdul Nazir Mohamed
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.
Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.
"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas mengenai penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kadar yuran yang ditetapkan hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG, kementerian akan memastikan kadar yang ditetapkan tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.
Katanya, satu surat siaran bagi memperjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah berhubung perkara itu selaras dengan pemansuhan yuran sekolah seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 sebelum ini.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berhubung bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata,pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada sekolah-sekolah berkenaan yang masih belum berdaftar dengan kementerian agar mereka berbuat demikian.
Ini katanya, bagi memudahkan bantuan pendidikan disalurkan kepada mereka secara berterusan kerana sekiranya mereka tidak berdaftar, pihak kementerian hanya boleh menyediakan peruntukan untuk diberikan secara ad-hoc kepada sekolah-sekolah terbabit.
Muhyiddin berkata, kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian terhadap aspek pembangunan fizikal berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada kajian audit fizikal yang dijalankan sebelum ini.
Beliau berkata, ia memastikan semua sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera dapat diselenggara supaya persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif dapat diwujudkan.
News From Utusan
Pelikkan camner Bank pun boleh kena tipu...macam2..
Bank ditipu RM37 juta
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.pengarang@utusan.com.my
Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat sebarang pembayaran balik.
Kata sumber itu, pihak bank yang menjalankan siasatan dalaman gagal mengesan syarikat berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis setelah diminta berbuat demikian.
"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.
Beliau juga enggan mendedahkan identiti syarikat yang membuat pinjaman itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan selain tidak menjejaskan proses pertuduhan di mahkamah kelak.
Ini kes kedua melibatkan institusi kewangan menjadi mangsa penipuan pinjaman berjumlah tinggi.
Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menurut sumber itu lagi, berikutan penipuan terbesar itu, polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk meneliti semua dokumen berkaitan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.
"Berikutan penipuan itu juga, bank berkenaan telah mencatatkan kerugian teruk dan terpaksa melakukan perubahan ke atas pengurusannya," kata sumber itu.
Bank berkenaan kemudiannya telah mencatat keuntungan semula.
Alkisah JJM IbuCute
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua
Pada 24.10.2011
Masa 12.33 time lunch kebiasaan IbuCute kuar g beli makanan.
IbuCute dah buat lagi satu blog sensasi untuk tatapan umum. Kebiasaan IbuCute selalu update blog kat blog family iaitu http://kelabsaharanfamilys.blogspot.com. Tapi la ni mcm tak best lak buat entry mcm2 kat blog tu. Sebenarnya blog tu hanya untuk keluarga dan kenalan sahaja tapi la ni dah terover bukan apa IbuCute buat entry mcm2 agar tak boring pembaca membaca tu je niat ati. So la ni terhasil lah blog ni " Jari Jemari Montok IbuCute" sokong jangan tak sokong ok. Macam-macam ada tataplah ia setiap hari orait..
JJM IbuCute
Langgan:
Ulasan (Atom)